Friday, November 12, 2010

Rinduku Pada Dirimu


Cahaya malam mula menjelma,dan perasaan rindu menjenggah. Kadangkala kenangan yang lalu benar-benar mengusik jiwa dan diri ini mula terkenangkan sahabat-sahabat yang sama-sama melalui zaman remaja mencari ilmu dan mencipta kejayaan. Buatmu sahabatku,sesungguhnya kenangan itu kukuh terpahat dihati. Semoga ukhwah yang terbina terus teguh. Walaupun pada hakikatnya, kita terpisah berjuta-juta kilometer,namun kita masih dekat dihati. Bukanlah untuk berjiwang namun tinta ini untuk menjadi saksi kepada luahan perasaan rindu kepada sahabat-sahabatku. M,dirimu sungguh cantik bertudung labuh dan Azni engkau masih lagi mekar sewangi wardatul shauqah dan menjadi pemimpin di bumi SMKB,lantang berkata-kata namun dirimu masih lagi seperti dulu,selembut sutera. M,kutahu dirimu sedang melaui ranjau mengejar cita-cita dan bersemangat mengejar ilmu Ilahi. Kudoakan kejayaan mengiringi kalian. Diriku pula,masih lagi sedang berjuang meneruskan cita-cita menjadi seorang guru. Kutersenyum seketika apabila mengingatkan kata-kata rakan yang lain bahawa diriku sesuai menjadi seorang guru dan tanpa sedar gurauan itu menjadi pendorong buat diriku.

Tiada terucap kata-kata rindu buat kalian,
Andai pasangan kekasih meluahkan rindu bercanda,
Rindu seorang sahabat bersama redha Tuhanya
Melakari ukhwah melayari bahtera keduniaan.

Sebuah persahabatan,
Tiada nilainya dengan harta kekayaan,
Andai kedua-duanya menjadi taruhan hidup,
Dirimu sahabat menjadi keutamaan,
Sebagai pemangkin anjakan paradigma diri.

Ukhwah yang terbina,
Ibarat ikatan atom-atom,
Seperti aur dan tebing,
Saling menghulurkan,
Mewarnai sebuah kehidupan.

Doaku padamu Tuhan,
Teguhkanlah ukhwah ini,
Semaikan rasa cinta yang berkekalan,
Agar saluran cinta tidak terpesong dari landasanMu.

-AMIN-

Saturday, November 6, 2010

Exam Dunia VS Exam Akhirat


Malam nie,sekali lagi Allah kurniakan idea yang cukup bernas. Kemungkinan diriku yang sedang risau menanti kertas peperiksaan yang seterusnya, dan menyebabkan idea tersebut singgah ke benak minda. Sebagai seorang pelajar yang sedang mencari ilmunya yang seluas lautan, seringkali diuji dengan arus peperiksaan. Ibarat ombak yang memukul pantai, andai anda tidak bijak mengatur strategi menyelamatkan diri kemungkinan hanyut dibawa ombak. Tinta kali ini bukan untuk bermadah ataupun menceritakan fitrah ombak memukul pantai tetapi hakikat kebenaran dunia. Pelajar diuji dengan 'exam' dan umat Islam juga diuji dengan 'exam'. Secara ringkasnya,ana telah nukilkan secara berjadual. Mungkin lebih senang berbanding penerangan yang panjang dan kadang-kadang menjadikan seseorang itu malas membaca,apatah lagi diri ana sendiri yang bukanlah bijak berkarya, berkata-kata dan bermadah.



Exam Dunia

Exam Akhirat

Pendaftaran:

-Terbuka kepada pelajar yang mengambil kursus terbabit (contoh kat sini pelajar PPISMP sem3)

-Pendaftaran melalui slip peperiksaan

Pendaftaran:

-Terbuka kepada seluruh umat Islam

-Pendaftaran melalui sijil kematian

Tempat:

Dewan @ Bilik Kuliah

Tempat:

Tanah perkuburan Islam


Soalan Spot (Belum tentu keluar);

*Bm1
Objektif:
1)Jumlah huruf abjad dlm bm, 2)Penulisan konsanan asli BM, 3)pola pembentukan kata dalam bm...tntukan pola suku kata, 4)kenlpasti perktaan bdasrkan pola pmbntukan kata, 5)pdoman ejaan rumi BM,6) Komunikasi bertulis, 7)Penggunaan panggilan hormat yg tepat, 8)penulisan berita, 9)rencana,10)ciri-ciri pgacara mjlis (aspk kupyaan berkomuniksi)

*Spot Bm 2
semantik..
-dfinisi
-antonim
-sinonim
-hiponim

wacana
-apa itu wacana
-takrif, dfinisi
baca (elipsis, konesi, koheran, intelek)

psikolinguistik
-takrif

teori
-struktural
-transformasi generatif
-fungsionalis

struktur

-unit bhsa utk mnentukan kdudukan semantik
-3 teori semantik(huraian)
-bina 2ayt bdasrkn ciri tsebut

Pendidikan Jasmani
(BAHAGIAN A)-

kajian empirikal-kriteria utama dlm prancangan sukan n rekreasi-ikatan utk kselamatan-ciri2 pnting dlm rekreasi aktif-prkara yg boleh dlakukan utk memelihara flora n fauna

(BAHAGIAN B)
-5 objektif pndidikan konservasi-orienteering (kompas) = 2jenis jarum-4 perkara pnting smsa mnggunakn kompas

(BAHAGIAN C)
-snaraikn 5 jwatankuasa-5 kbaikan sistem pertandingan-bola tampar (tujuan merejam n menyangga)-hoki (menolak n menggelecek)-butiran mengajar bola tampar

Sumber: IPGM TEMENGGONG IBRAHIM

IPTO

IPGM KBM

IPIS

IPDA (Dan seluruh IPGM di Malaysia)

P/S: Study jerla semua,takut kecewa bila tak masuk,selamat menjawab soalan peperiksaan


Soalan Spot (Soalan bocor dan ternyata akan keluar);

Soalan Pertama:

Siapakah TUHAN mu ?

Soalan Kedua:

Malaikat : Siapakah NABI mu ?

Soalan Ketiga:

Malaikat : Apakah AGAMA mu ?

Soalan Keempat:

Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!

Soalan Kelima:

Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?

Sumber: Hadis

P/S-Walaupun anda menghafal jawapan kepada soalan di atas namun mulut dikunci pada hari tersebut hanya amal yang akan menjawabnya.(Wallahualam).

Teknik Menjawab:

-Bahagian fakta wajib dihafal

-Exam Math kena banyak praktis

-PJ banyak kena tau teori

Teknik Menjawab:

Ditentukan oleh amalan. Jagalah amalan supaya tidak terpesong ke kancah maksiat

Result:

-Lulus dengan cemerlang

-Lulus dengan Kepujian

-GAGAL

Result:

SYURGA ATAU NERAKA

Semoga menjadi renungan kita bersama

Friday, November 5, 2010

Bila Nikmat Sihat Ditarik


Jari jemari rancak menulis tentang perasaan yang dialami. Tinta ini khas buat diriku yang sentiasa alpa bahawa aku hanyalah sekadar hambaNya. Diri ini lemah, Ya Allah. Malam menjenggah menggantikan siang dan bintang tidak kelihatan kerana bersembunyi di sebalik awan namun bulan masih lagi setia menemani manusia. Kesunyian malam yang ditemani dengan pelbagai alat jentera meneroka alam demi pembangunan, tidak mampu mengubat hati yang cuba menerobos seluruh pelusuk diri tentang amalan untuk kesana. Kali ini,tinta yang dihasilkan bukanlah sebuah cerita namun luahan perasaan yang berasakan bahawa manusia itu lemah. Dalam setahun, Allah telah mengujiku beberapa kali dengan menarik nikmat sihat yang diberiNya. Setiap kali makanan yang masuk ke mulut,langsung tak terhadam padahal perut minta untuk diisi. Ya Allah,baru kusedar bahawa selama ini nikmat percuma yang diberikan langsung tidak dihargai. Kini, ketika kautarik nikmat itu,kumula sedar bahawa diri ini alpa untuk mengucapkan syukur ketika dulu makanan yang masuk ke mulut dapat dihadam. Ketika badan lesu, terucap kalimah yang paling indah iaitu namaMu. Kadangkala diri ini lupa bahawa nikmat yang Kautarik bukanlah untuk menyiksa hambaMu malah untuk menyedarkan hambaMu bahawa Kaulimpahkan kasih sayang kepadanya. Terima Kasih, Ya Allah. Diriku sedar bahawa sakit yang dideritai bukanlah satu penderaan,namun sebagai satu ujian agar diriku tidak terus leka dibuai arus dunia. Diriku mula terfikir penderitaan yang ditanggung oleh insan lain. Semoga Allah mengurangkan kesakitan yang dialami. –Amin-

Cinta

Cinta yang Kauhulurkan,

Penuh dengan kenikmatan,

Padahal hanya sekelumit yang menyedari,

Betapa nikmatnya kasih sayangMu.

Dulu,

Kegembiraan dimiliki,

Terasa dunia seperti wujud buat seribu tahun lagi,

Pelangi indah melewati kehidupan,

Kini,

Kegembiraan mula goyah,

Apabila nikmatNya ditarik,

Diri yang alpa mula meminta,

Agar alam tidak kehujanan.

Sedarlah,

Kadangkala kenikmatan itu mengalpakan,

Dan kesengsaraan itu mengingatkan.

Tanamlah rasa syukur dengan nikmatNya,

Bajailah rasa sabar bila sengsara,

Siramilah diri dengan rasa taqwa.

Wednesday, November 3, 2010

ada apa dengan cantik?


“Awak gemuk! Awak tak cantik! Awakla perempuan yang paling hodoh sekali yang pernah saya jumpa?. Kenapalah pakaian awak macam penyanyi hip hop?,tudung awak macam pelangi,pakaian macam orang tua?.”

Mungkin ayat seperti ini pernah dilontarkan kepada wanita diluar sana. Aku juga tak terkecuali daripada dihina. Kadangkala secebis hati rasa terguris dengan kata-kata sebegitu. Ada apa dengan cantik??. Wanita amat sinonim dengan perkataan cantik, lelaki juga kadangkala terpaku dengan kecantikkan yang dimiliki oleh wanita. Seraut wajah yang lembut dan menggoda mampu menarik perhatian sejuta lelaki. Begitu jua dengan wanita,mudah terbuai dengan pujian. Bagaimana pula dengan wanita yang tidak dikurniakan dengan seraut wajah yang cantik?. Kenapa perlu dihina raut wajah yang dimilikinya atau susuk badannya?. Sebenarnya itulah dunia,yang cantik dipuji, yang jelek dihina. Namun disebalik semua ini, diriku berasa bahawa hinaan yang dilemparkan merupakan hinaan yang dilemparkan kepada ciptaan yang Allah ciptakan. Mengapa manusia yang jelek perlu dihina?. Padahal Allah pernah berfirman bahawa sebaik-baik kejadian ialah manusia yang telah dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini.Adilkah seandainya kecantikkan itu menjadi ukuran sehingga kadangkala ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk cantik ataupun manusia itu sendiri tidak pernah puas dengan apa yang Allah kurniakan atau berasa sedih dengan hinaan yang dilemparkan.Mengapakah Allah tidak menciptakan sahaja semua wanita itu dengan wajah yang cantik?. Jawapannya Allah menciptakan manusia dengan pelbagai rupa supaya kita hambaNya boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain dan bukannya saling menghina. Kemungkinan hal ini terjadi kerana fitrah manusia yang sukakan dengan kecantikkan namun tidak semua yang cantik itu membawa kebaikan. Contohnya; ikan di lautan yang berwarna-warni selalunya beracun. Tinta ini buatmu wanita yang berasa lemah dengan hinaan manusia yang lain, usahlah berasa disisihkan kerana dirimu ciptaan yang Esa. Andai hinaan juga diterima ingatlah bahawa manusia yang sedang menghinamu cuba menghina ciptaan Allah. Balutilah dirimu dengan iman dan akhlak yang mulia,syurga menantimu buat yang sabar. Jadikanlah hinaan yang diterima sebagai pemangkin perjalanan hidupmu, kerana Allah tidak menilai hambaNya melalui kecantikkan paras rupa tetapi iman dan taqwa. Seindah hiasan ialah wanita yang solehah dan bukan wanita yang cantik paras rupanya.

Thursday, October 21, 2010

Bila rasa marah menguasai


Majlis Makan Malam Perdana diadakan lagi pada tahun ini. Malam tersebut merupakan malam yang gilang gemilang buat guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pada malam tersebut,diriku dan rakan-rakan lain lengkap berpakaian mengikut tema. Alhamdulillah, bukan sekadar menepati tema malahan menutup aurat. Tema yang ditetapkan adalah etnik kreatif kontemporari yang berwarna merah dan hitam namun aku dan sesetengah rakan-rakan memilih jubah pada malam tersebut. Apa yang ingin disampaikan dalam blogku ini bukanlah untuk menceritakan mengenai tema tetapi rasa yang menyebabkan rakan sebilikku turut sedih. Tak terlafaz dan terucap kata maaf buat dirinya kerana aku sendiri malu dengan sikapku. Hal ini bukanlah hal yang besar cuma diriku yang terasa. Setibanya di majlis tersebut,rakan-rakanku yang lain berpecah mencari rakan sekelas masing-masing, akhirnya aku terpaksa mengambil tempat duduk dengan rakan-rakan bukan Islam. Almaklumlah tempat untuk menyertai rakan-rakan sekelasku sudah penuh diisi. Sedih bukan kepalang kerana pada saat itu, aku terasa seperti dipinggirkan apatah lagi apabila aku tidak memahami perbualan yang dituturkan oleh rakan-rakan yang bukan sebangsa. Rasa sedih menyebabkan aku diam membisu kerana menahan air mata daripada menitis. Rasa ego turut menguasai diri, bebarapa minit kemudian, dua rakan rapatku datang menemani dan kehadiran mereka tidak dapat memujuk hati yang kesedihan. Aku terus diam dan saat itu aku sedar bahawa rakan sebilikku turut berasa bersalah walaupun dirinya tidak melakukan apa-apa kesalahan hanya diriku yang berasa dipinggirkan. Aku menyebabkan mood rakan-rakan rapatku terutamanya rakan sebilik rosak pada malam tersebut. Mataku tak lepas dari menatap perilakunya, rasa bersalah mula menyelebungi diri. Aku mula bertanya pada diriku sendiri mengapa aku bersikap seperti kebudak-budakkan??. Padahal aku langsung tidak layak untuk melakukan sedemikian rupa kerana merekalah yang sentiasa menemani diriku dan menggembirakan hatiku. Maafkan aku rakan-rakan sekalian. Diri ini amat menyayangi kalian semua. Seharian masing-masing mendiamkan diri, aku tahu kerana kebodohanku menyebabkan jurang antara kami berdua. Ibarat kaca yang mula retak. Aku mula bermuhasabah diri, lemahnya diriku apabila rasa marah mula menguasai diri. Aku tertanya bagaimana pula sekiranya kita dipinggirkan oleh Allah??.

Friday, October 15, 2010

Kematian Bakal menjemput kita


Ya Allah, ampunilah aku.. Aku sedar kematian akhirnya bakal menjemput. perjalanan di dunia hanya pinjaman Allah semata-mata. Terlalu banyak perkara yang kadang-kadang diri sentiasa melakukan dosa kepadaNya,padahal terlalu banyak pertolongan yang telah dikurniakan, terlalu sedikit rasa bersyukur atas pertolonganNya. Al-fatihah kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menemuiNya. Diri ini akan menyusul jua dan kita semua akan ke sana. Kegembiraan di dunia yang fana melekakan bahawa dunia hanyalah fatamorgana. Kadangkala sehingga kita terlupa untuk mempersiap diri dengan bekalan. Sahabat,bangunkanlah diriku disaatku alpa, kejutkanlah diriku disaatku terbuai dengan arus kehidupan dunia. Banyak sangat angan-angan yang kupasang untuk dunia masa depanku, namun ada masakah untuk semua itu?? Dan diriku terpana apabila pengumuman pukul 12.30 pagi bahawa seniorku telah dijemput kembali ke rahmatullah. Diriku terfikir sejenak, adakah aku terlalu leka menghitung hari dan merancang masa depan tanpa merancang untuk ke sana??. Aku sedar, kematian tak mengenal usia. Kematian bakal menjengah walaupun seusia bayi yang masih kecil. Diriku terfikir, bahawa kadang-kadang terlalu leka memasang angan-angan,nak jadi ini nak jadi itu namun bila masanya kita terfikir, nak masuk syurga,nak jumpa Allah. Lekanya diriku dengan dunia. Andai kematian itu menjemputku, sempatkah diriku memohon maaf kepada insan yang menyimpan rasa dendam dan amarah padaku??,dan bagaimana cara yang Allah tentukan untuk diriku bertemunya??. Ya Allah, matikanlah aku dalah husnul khatimah walaupun diriku sedar aku tak layak menerima penghormatan yang sebegitu besar kerana hambaMu banyak melakukan dosa....

Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

Wednesday, September 22, 2010

Sajak Zaman SpM


Bila menyelongkar almari buku-buku lama,terjumpa sajak yang kutulis ketika berumur 17 tahun..Terasa sebak apabila membacanya,kenangan semasa di tingkatan lima menjengah difikiran..Sajak yang bertajuk cintaku jiwaku,sajak yang kutulis ketika peperiksaan SPM menjelang tiba. Hanya Tuhan sahaja yang tahu,betapa diriku resah kerana diriku menjadi harapan keluarga. Aku cuma insan yang kerdil yang kadang aku jatuh dan rebah.. Aku cuba berpaut namun gagal. tapi diriku sedar,bahawa Dia sedang menguji diriku. Namun buat ibu dan ayah,ku pohon seribu kemaafan kerana kadang-kadang anakmu tak mampu mengejar bintang yang kauinginkan.

Cinta?
Kadang-kadang ia sangat dekat dengan diriku,
Aku terpesona dengannya,
Indah dan damai ketika cinta itu disampingku,
Cinta yang pernah hadir dan sentiasa ada di saat
Diriku memerlukannya.

Di sebalik tirai malam,
Aku cuba mengejar cinta itu,
Tapi jauh dan aku ketinggalan mengapainya,
Aku insan lemah,
Aku perlukan cinta itu,
Cinta yang menjadikan diriku tenang,
Didakapi hamparan sejadah yang memukau,
Diselimuti tahajud, taubat,hajat yang menenangkan....

Friday, August 6, 2010

Ramadhan


Alhamdulillah,kini Ramadhan datang lagi..Dalam mencari sinar keredhaanNya,ramadhanlah adalah bulan yang menjadi harapan umat Islam mencari cahaya keredhaan. Bersyukurlah kerana kita masih lagi diberi peluang mencari sinar pada bulan Rahmat. Usia yang dilanjutkan Ilahi merupakan salah satu keistimewaan supaya hambanNya memperbaik diri dan terus mencari Lailatul Qadar. Buat rakan-rakan dan diri sendiri,nasihat buatmu hargailah Ramadhan yang bakal menjelang. Ramadhan,sesungguhnya kami menanti kedatanganmu supaya kali ini kami hadiahkan kedatanganmu dengan amal ibadat. Ahlan Wasahlan bulan yang penuh keistimewaan. Bukan sahaja bulan untuk berdiet,tetapi untuk berwaspada dengan dosa. Syaitan akan dibelenggu,tetapi nafsu tetap menjadi halangan. Semoga kita sebagai hambaNya tidak mensia-siakan kedatangan bulan Ramadhan. Aturkanlah janjitemu dengan malam sepertiga malam,berkasihlah dengan kekasihmu,hadiahkanNya dengan ciuman kesyukuran dan ketakwaan.

"1 Ramadhan,amalan didahulukan,pencapaian di akhirat diutamakan."

Wednesday, July 21, 2010

Come and Take This Pain away


Dugaan hidup sentiasa ada. Namun ada hikmah disebalik ujian yang berlaku. Kadang-kadang perit untuk dinyatakan. Allah pernah berfirman bahawa Dia tidak akan menguji hambaNya dengan dugaan yang tak tertanggung oleh dirinya.

FirmanNya menjadikan diriku sedar bahawa dugaan yang kuterima hanya ujian kecil buatku. Hal ini menyebabkan aku sedar tentang penderitaan rakyat seislam Palestin. Kuatnya diri mereka dengan ujianMu,dan setiap saat ujian yang menimpa,semakin kuat iman mereka. Ya Allah,ujian yang sekecil ini kumengeluh..Tabahkanlah hatiku..

Lament

Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com

You
You like to live
like to believe
Essence of life is fun
Want
Want to pretend
The life that you live
Has no guiding hands and you

Jumped into the monies
And never looked back
Moved away from righteousness
You want it all
And don't care if you fall
You wanna see the world
You wanna be the world

Try
Try to believe
The reason to live
Eternal compassion
You'll feel it deep within inside of you

Grasp
The chance to live
A new life
A new beginning
But you

c/o

Why
Do you throw life away
Don't you wanna be among
The ones who faught for the truth
When you eyes were blinded
By the taste temptation in your life
Then tell me why must you

Saturday, July 17, 2010

Kehidupan

Alhamdulillah,diriku dibesarkan dalam keluarga yang sangat bahagia. Namun kini sebagai insan biasa,diri ini tidak mampu menepis cinta dari manusia. Walaubagaimanpun,masih ada batas yang menjarakkan segalanya. Hanya perkahwinan yang mampu menghalalkan fitrahnya Adam dan Hawa. Agama dan syariat tetap pertama. Doalah,yang mampu membataskan hasutan syaitan supaya nafsu tidak menjadi pendorong utama.Benarlah,doa itu senjata mukmin. Doa juga mampu menahan mata dari melihat godaan. Panahan mata dari jejaka,mampu melemahkan wanita. Sesungguhnya,dunia penuh dengan ujian. Imanlah yang membataskan segala2nya supaya umat Islam sentiasa selamat dipandu ke akhirat abadi. Cinta itu satu anugerah yang tidak ternilai,cuma terpulanglah untuk umat Muhammad menilai dan melatarinya. Cinta banyak mengajarku melihat dunia.Doaku semoga cinta untukku adalah cinta yang menjadikan diriku lurus pada agamanya. Bukan insan yang sempurna kupinta,cuma kuharap,insan yang tercipta untukku mampu membawa dan memimpin diriku ke jalan yang diredhai.


Kisah Cinta untuk ditatapi.

Suami saya adalah serorang jurutera, saya mencintai sifatnya yang

semulajadi dan saya menyukai perasaan hangat yang muncul dihati saya
ketika bersandar dibahunya.

3 tahun dalam masa perkenalan dan 2 tahun dalam masa pernikahan, saya
harus akui, bahawa saya mulai merasa letih...lelah, alasan-alasan saya
mencintainya dulu telah berubah menjadi sesuatu yang menjemukan. Saya
seorang wanita yang sentimental dan benar-benar sensitif serta
berperasaan halus. Saya merindui saat-saat romantis seperti seorang anak
kecil yang sentiasa mengharapkan belaian ayah dan ibunya. Tetapi, semua
itu tidak pernah saya perolehi. Suami saya jauh berbeza dari yang saya
harapkan. Rasa sensitifnya kurang. Dan ketidakmampuannya dalam
menciptakan suasana yang romantis dalam perkahwinan kami telah
mematahkan semua harapan saya terhadap cinta yang ideal.

Suatu hari, saya beranikan diri untuk mengatakan keputusan saya
kepadanya, bahawa saya inginkan penceraian.

"Mengapa?"Dia bertanya dengan nada terkejut.

"Siti letih, Abang tidak pernah cuba memberikan cinta yang saya
inginkan."
Dia diam dan termenung sepanjang malam di depan komputernya, nampak
seolah-olah sedang mengerjakan sesuatu, padahal tidak.

Kekecewaan saya semakin bertambah, seorang lelaki yang tidak dapat
mengekspresikan perasaannya, apalagi yang boleh saya harapkan
daripadanya?
Dan akhirnya dia bertanya.

"Apa yang Abang boleh lakukan untuk mengubah fikiran Siti?" Saya
merenung matanya dalam-dalam dan menjawab dengan perlahan.

"Siti ada 1 soalan, kalau Abang temui jawapannya didalam hati Siti, Siti
akan mengubah fikiran Siti; Seandainya, Siti menyukai sekuntum bunga
cantik yang ada ditebing gunung dan kita berdua tahu jika Abang memanjat
gunung-gunung itu, Abang akan mati. Apakah yang Abang akan lakukan untuk
Siti?"

Dia termenung dan akhirnya berkata, "Abang akan memberikan jawapannya
esok."
Hati saya terus gundah mendengar responnya itu.

Keesokan paginya, dia tidak ada di rumah, dan saya menenui selembar
kertas dengan coretan tangannya dibawah sebiji gelas yang berisi susu
hangat yang bertuliskan...

'Sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untukmu, tetapi izinkan
Abang untuk menjelaskan alasannya." Kalimah pertama itu menghancurkan
hati saya. Namun, saya masih terus ingin membacanya.

"Siti boleh mengetik dikomputer dan selalu mengusik program didalamnya
dan akhirnya menangis di depan monitor, Abang harus memberikan jari-jari
Abang supaya boleh membantu Siti untuk memperbaiki program tersebut."

"Siti selalu lupa membawa kunci rumah ketika Siti keluar, dan Abang
harus memberikan kaki Abang supaya boleh menendang pintu, dan membuka
pintu untuk Siti ketika pulang."

"Siti suka jalan-jalan di shopping complexs tetapi selalu tersasar dan
ada ketikanya sesat di tempat-tempat baru yang Siti kunjungi, Abang
harus mencari Siti dari satu lot kedai ke satu lot kedai yang lain
mencarimu dan membawa Siti pulang ke rumah."

"Siti selalu sengal-sengal badan sewaktu 'teman baik' Siti datang setiap
bulan, dan Abang harus memberikan tangan Abang untuk memicit dan
mengurut kaki Siti yang sengal itu."

"Siti lebih suka duduk di rumah, dan Abang selalu risau Siti akan
menjadi 'pelik'. Dan Abang harus membelikan sesuatu yang dapat
menghiburkan Siti dirumah atau meminjamkan lidah Abang untuk
menceritakan hal-hal kelakar yang Abang alami."

"Siti selalu menatap komputer, membaca buku dan itu tidak baik untuk
kesihatan mata Siti, Abang harus menjaga mata Abang agar ketika kita tua
nanti, abang dapat menolong mengguntingkan kukumu dan memandikanmu."

"Tangan Abang akan memegang tangan Siti, membimbing menelusuri pantai,
menikmati matahari pagi dan pasir yang indah. Menceritakan warna-warna
bunga yang bersinar dan indah seperti cantiknya wajahmu."

"Tetapi sayangku, Abang tidak akan mengambil bunga itu untuk mati.
Kerana, Abang tidak sanggup melihat airmatamu mengalir menangisi
kematian Abang."

"Sayangku, Abang tahu, ada ramai orang yang boleh mencintaimu lebih
daripada Abang mencintai Siti."

"Untuk itu sayang, jika semua yang telah diberikan oleh tangan, kaki,
mata Abang tidak cukup bagi Siti. Abang tidak akan menahan diri Siti
mencari tangan, kaki dan mata lain yang dapat membahagiakan Siti."

Airmata saya jatuh ke atas tulisannya dan membuatkan tintanya menjadi
kabur, tetapi saya tetap berusaha untuk terus membacanya lagi.

"Dan sekarang, Siti telah selesai membaca jawapan Abang. Jika Siti
puashati dengan semua jawapan ini, dan tetap inginkan Abang tinggal di
rumah ini, tolong bukakan pintu rumah kita, Abang sekarang sedang
berdiri di luar sana menunggu jawapan Siti." "Tetapi, jika Siti tidak
puas hati, sayangku...biarkan Abang masuk untuk mengemaskan
barang-barang Abang, dan Abang tidak akan menyulitkan hidupmu.
Percayalah, bahagia Abang bila Siti bahagia."

Saya terpegun. Segera mata memandang pintu yang terkatup rapat. Lalu
saya segera berlari membukakan pintu dan melihatnya berdiri di depan
pintu dengan wajah gusar sambil tangannya memegang susu dan roti
kesukaan saya.

Oh! Kini saya tahu, tidak ada orang yang pernah mencintai saya lebih
dari dia mencintai saya. Itulah cinta, di saat kita merasa cinta itu
telah beransur-ansur hilang dari hati kita kerana kita merasa dia tidak
dapat memberikan cinta dalam 'kewujudan' yang kita inginkan, maka cinta
itu telah hadir dalam 'kewujudan' yang tidak pernah kita bayangkan
sebelum ini.





Sunday, July 11, 2010

kENAnGan Di MT


Permulaan kepada sebuah perjalanan,
Mencari ilmu yang luas terbentang,
Tika saatnya terbuka luas,
Kulupa untuk menyedarinya...

Madrasah Tarbiyah,banyak mengajar diriku
Bahawa wanita itu sangat indah,
Akhlak dan ukhwah sangat mulia,
Cinta pada agama menjadi penyatuan.

Anak-anak yang masih kecil,
Kutatap dan kurenung,
Azfar,Sumayyah,Fatimah,Madihah,
Kain putih yang memerlukan didikan,
Kenangan yang banyak mengajarku,
Erti hidup bersyariat..

Indahnya Agamamu jika dilakar dengan penuh ketelitian..

Tuesday, June 1, 2010

Sejarah Kecil

Sejarah Kecil..

Seusia 7 tahun,

Kubahagia bermain,

Di sebuah rumah yang kecil,

Yang menjadi tapak asas buat diriku dewasa.

Tanpa sedar,kubina sebuah cinta,

Cinta yang tiada sempadan dan penghujung,

Di sebuah rumah kecil,

Kubelajar erti tabah,

Mengawal nafsu mencari kepuasan dunia.

Zaman kecilku,

Penuh bahagia walaupun hakikatnya perit,

Pohon getah yang kini usang,

Menjadi saksi keringat yang menitik,

Serta taman permainan yang bertemankan unggas.

Kini segalanya berubah,

Teknologi menawan kegusaran hati,

Merobek kesengsaraan jiwa,

Merungkai tali kemiskinan,

Tiada lagi taman permainan khayalan,

Tiada lagi pohon-pohon yang berjasa,

Yang ada hanyalah kenangan pada masa laluku,

Yang mengajarku erti kesusahan dan kebahagian.


Cinta Yang Kau Pilih

Cinta,

Kalimah yang sukar ditafsirkan,

Kadang-kadang membawa sinar,

Adakalanya membawa duka,

Namun ungkapan itu memberi seribu erti.

Cinta,

Pernah kutagih,

Dari insan yang kupuja,

Namun ku kecewa dengan cintanya,

Akhirnya cinta yang kutagih membawa derita.

Cinta,

Kusedar hidup ini tanpamu sukar,

Kusedar dirimu membawa ranjau,

Hakikat sebenar cinta memberi kebebasan,

Untuk manusia memilih,

Antara cinta pada agamanya atau cinta pada dunia fana.

Ibarat memilih madu dan racun,

Keputusan di tangan kita,

Tanpa sedar ,kita lebih memilih racun daripada secangkir madu.

Monday, May 31, 2010

Bingkisan Hati


Bingkisan Hati Buat Dirimu yang Sering Lupa.

Duhai Hati,
Kadang2 dirimu sering lupa padaNya. Alpa kerana dunia yang fana. Adam,kadang-kadang seringkali terpancul kata-kata nista dan juga pujukan. Namun ada jua yang kecewa melihat Hawa seringkali lupa pada hakikat dunia. Namun diri ini seringkali tertanya-tanya,Adam mampukah dikau membawa hawa ke jalan yang benar sedangkan kini Hawa sukar mencari Adam yang mampu membawa sinar,menyuluh jalan menujuNya.

Adam,
Kutahu dirimu gusar melihat Hawa,
Berdoalah agar Hawamu dilindungiNya.

Adam,
Hawamu percaya bahawa janji Allah itu benar,
Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik
dan begitulah sebaliknya.

Adam,
Sekiranya dirimu memiliki Hawamu,
Jagalah dirinya,
Pimpinlah akhlaknya agar terjaga,
Sesungguhnya akalmu 9 dan nafsumu 1,
Kerana itulah tergalasnya tanggungjawab di pundakmu sebagai suami.

Petikan ukilan dari insan yang bernama "Adam";
mohamedazmi84 on Sun Feb 10, 2008 10:39 pm

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok...

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.



Seuntai Kasih.

Hasil karyaku,sajak dibawah merupakan permulaan idea saya dalam menghasilkan sebuah karya yang berjudul seuntai Kasih ,InsyaAllah,andainya saya berkesempatan menyiapkan novel seuntai kasih tersebut,saya akan cuba untuk postkan dalam blog secara berepisod..

Kadang-kadang hatiku berbisik ingin menjauhinya,

Namun semakin kuusir,

Semakin ia hadir di hatiku,

Adakah cinta itu milikku,

Memiliki cinta yang belum pasti,

Mungkinkah punya penghujung yang mengembirakan,

Mengapai awan yang berarak,

Mencipta pelangi di kala gerimis,

Cinta hakiki yang ingin ku miliki,

Moga dikau terus menjadi milikku,

Semoga harapan menjadi kenyataan,

Bukan bagai impian sang puteri yang belum pasti nyata,

Oh Tuhan andai cinta itu bukan milikku,

Kupinta alihkan cintaku padaMu,

Disaat aku menagih cinta,

Tautkan cintaku itu padaMu Rabbi..

“ Kadang-kadang manusia mengharap cinta itu milik mereka,namun hakikat sebenar cinta itu milik Sang Pencipta. Mohonlah pada Yang Maha Berkuasa kerana Dialah pencipta cinta. Betapa sukarnya menjaga syariatMu kala cinta manusia mengetuk pintu hatiku.”

Tazkirah

BAcaLah SaHabAtKu...


Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.


Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.


Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.


Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.


Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.


Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya
.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah....

Tikus yg sedang mengigit tali........



Kalau semua nak tahu ...
si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah


Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH
*ALHAMDULI'LLAH
*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH
*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD *WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Dan hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataan demi perkataan

Mawarku..


Mawarku...

Hatiku resah,

Melihat sekuntum mawar hilang serinya,

Layunya dipetik tangan2 nakal,

Dikasari dengan kejam,

Adakah layaknya layanan seperti itu kepadamu.

Namun,adakah itu salah tangan2 yang memetikmu,

Atau dirimu terlalu mekar indah ditaman,

Sehingga membangkitkan nafsu yang melihat.

Mawarku,

Tintaku tiada hentinya di sini,

Kauterlalu cantik,

Sehingga Allah menurunkan wahyu kepadamu,

An Nisa’ menjadi saksi peraturan kepadamu,

Bahawa dirimu berhak dilindungi lelaki soleh.

Mawarku,

Usahkau pamerkan perhiasaanmu,

Usahkau megahkan kecantikkanmu,

Kerana dirimu sememangnya perhiasaan dunia,

Setiap inci tubuhmu bakal menjadi santapan durjana,

Sekiranyakau biarkan kecantikkan dirimu terdedah.

Mawarku,

Biarlahkau umpama mutiara terlindung,

Hanya dimiliki oleh insan yang ditakdirkan olehNya,

Allah itu adil dan saksama,

Walaupunkau insan lemah,

Namun imanmu jangan dibiarkan lemah.

Mawarku,

Jangan biarkan kelopakmu jatuh,

Lindungilah dirimu dengan shauqahmu,

Innallah ha ma ana..

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri