Cahaya malam mula menjelma,dan perasaan rindu menjenggah. Kadangkala kenangan yang lalu benar-benar mengusik jiwa dan diri ini mula terkenangkan sahabat-sahabat yang sama-sama melalui zaman remaja mencari ilmu dan mencipta kejayaan. Buatmu sahabatku,sesungguhnya kenangan itu kukuh terpahat dihati. Semoga ukhwah yang terbina terus teguh. Walaupun pada hakikatnya, kita terpisah berjuta-juta kilometer,namun kita masih dekat dihati. Bukanlah untuk berjiwang namun tinta ini untuk menjadi saksi kepada luahan perasaan rindu kepada sahabat-sahabatku. M,dirimu sungguh cantik bertudung labuh dan Azni engkau masih lagi mekar sewangi wardatul shauqah dan menjadi pemimpin di bumi SMKB,lantang berkata-kata namun dirimu masih lagi seperti dulu,selembut sutera. M,kutahu dirimu sedang melaui ranjau mengejar cita-cita dan bersemangat mengejar ilmu Ilahi. Kudoakan kejayaan mengiringi kalian. Diriku pula,masih lagi sedang berjuang meneruskan cita-cita menjadi seorang guru. Kutersenyum seketika apabila mengingatkan kata-kata rakan yang lain bahawa diriku sesuai menjadi seorang guru dan tanpa sedar gurauan itu menjadi pendorong buat diriku.
Tiada terucap kata-kata rindu buat kalian,
Andai pasangan kekasih meluahkan rindu bercanda,
Rindu seorang sahabat bersama redha Tuhanya
Melakari ukhwah melayari bahtera keduniaan.
Sebuah persahabatan,
Tiada nilainya dengan harta kekayaan,
Andai kedua-duanya menjadi taruhan hidup,
Dirimu sahabat menjadi keutamaan,
Sebagai pemangkin anjakan paradigma diri.
Ukhwah yang terbina,
Ibarat ikatan atom-atom,
Seperti aur dan tebing,
Saling menghulurkan,
Mewarnai sebuah kehidupan.
Doaku padamu Tuhan,
Teguhkanlah ukhwah ini,
Semaikan rasa cinta yang berkekalan,
Agar saluran cinta tidak terpesong dari landasanMu.
-AMIN-
salam ziarah
ReplyDeletesalam ziarah
ReplyDelete