Wednesday, August 8, 2012

cintailah Dia

Alhamdulillah, indahnya nilai rezeki yang Allah kurniakan.. 

Petikan kata-kata daripada Ustz Pahrol

 Entry kali ini menceritakan tentang kesedaran hatiku mengenai cinta.. Ya, nilai cinta yang sering remaja ungkapkan.. Ah, cinta itu memang ada nilainya, sekiranya dijaga harganya.. Bedah buku tentang cinta yang telah dirungkaikan oleh ustz Pahrol benar-benar menjadikan diriku sedar betapa aku lupa dan alpa. Sebenarnya, aku banyak mempersiakan cinta yang Allah berikan. Cinta itu pemberian Allah tapi tergamaknya kita lebih mencintai pemberian Allah berbanding pemberinya sendiri. Aku benar-benar terkesima dengan ungkapan tersebut. Tanpa sedar, kita terlalu leka mencintai isi dunia, namun tak pernah terlintas untuk menjaga cinta kita dengan Allah. Memang benar, Allah tidak rugi sekiranya kita cuba meninggalkan cintaNya tetapi kita yang rugi besar!! Nikmat yang Allah beri tak terhitung banyaknya, itu dah petanda cinta Allah pada kita padahal aku terfikir, banyak manalah agaknya kita cuba berusaha untuk mencintaiNya padahal Allah banyak membantu dan mempermudahkan urusan kita. Baiknya Allah, kekasih yang setia membantu hamba-hambaNya sedangkan aku dan kita semua terleka dan terus terleka sehinggakan kadang-kadang kita terlalu berkira-kira dengan Allah. Contohnya, Ah! Malasla untuk ke surau, ah malasla tahajud, ah malaslah terawih.. Ya Allah, maafkan kami..dan andainya Engkau juga berkira-kira dengan hambaMu, maka hancurlah dunia.. NikmatMu tak terhitung..betapa sayangnya Engkau terhadap kami sehinggakan kami umat terakhir dapat memegang, menyentuh, mencium mukjizat paling agung iaitu al-Quran, Kau kurniakan kami solat bukan hanya satu wadah untuk berkomunikasi denganMu malahan mempunyai seribu satu kebaikan, tiada satupun arahan dan perintahMu yang tidak mempunyai kebaikan kepada Kami. Ya Allah, ampunkan kami kiranya kami terlalu berkira-kira denganMu. 


Lirik Lagu Sahaja Aku Mencintaimu - Du’a Feat Ustaz Amal


Ku cinta padaMU lebih dari segala-gala
mampukah ku pertahankan cita ini
dalam mengabdikan diri padaMU

Andai ada kata yang lebih baik 
dari ucapan terima kasih
pastikan ku ucap setulus hati 
tanda cintaku padaMU

Lailahaillallah..Allahu Rabbi
Lailahaillallah..Allahu Akhbar

Andai ada hadiah yang lebih baik 
dari melodi syukurku
semestinya ku persembahkan padaMU
tanda cintaku padaMU..

Hasbi Rabbi Jallallah
Ma fi Qalbi Ghairullah
Nur Muhammad Sallallah..

Setiap hela nafas 
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU..
ya Allah...


Saturday, August 4, 2012

Nasihat buat Diriku

Lamanya tak singgah ke blog sendiri, banyak perkara yang Allah duga dan beri. Kedewasaanku juga banyak mematangkan diri yang seringkali terjerumus. Entry kali ini cuma luahan perasaan dan juga ingatan buat diri sendiri supaya ibrah kali ini aku tak pandang enteng dan biarlah ibrah ini terus tersemat kukuh di hati.

Cinta??
Ramai yang mengenal erti cinta,
namun pada diriku insan yang kerdil,
aku baru sahaja mengenali apa maknanya cinta sejati.

Kealpaan yang membuatku alpa tentang nilai cinta tersebut.
Semalam, terasa batinku ingin menjerit kepada anak-anak muda remaja,
ketika melihat ramai yang bermesra secara terbuka,
usahlah belajar bercinta diusia muda,
kerana harganya tidak setara,
namun belajarlah mencari pencipta Cinta kerana di situ kau akan temui cinta yang Esa.

Benarlah,
kadang-kadang cinta sebelum nikah itu,
nikmatnya daripada syaitan
namun cinta selepas nikah itu,
nikmatnya dari Allah.

dan sebenarnya...
berdoalah agar,
Allah tautkan hati kita kepada kekasih yang turut sama mencintaiNya,
Allah temukan kekasih yang cintakan kebaikan keranaNya,
Allah kurniakan kekasih yang benar-benar berharap kepadaNya..
kerana fitrah cinta itu Allah yang ciptakan,
dan akan lebih indah jika ketentuan cinta itu kita redha..
namun bukan hanya dengan menanti..
tetapi carilah kerana islam punya panduannya..
Percayalah wahai diri, jadilah yang terbaik dan kau akan punya yang terbaik..
Usahlah meletakkan satu spefikasi yang tinggi utnuk jodohmu,
namun usahalah agar setiap spefikasi yang kau inginkan terjadi..

Last but not least: Allah dah berjanji bahawa insan yang baik adalah untuk insan yang baik, Allah takkan mungkir janji!
 Strike for Hidayah!!!!


Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers

Ukhwahfillah

Mawar Berduri