Saturday, August 4, 2012

Nasihat buat Diriku

Lamanya tak singgah ke blog sendiri, banyak perkara yang Allah duga dan beri. Kedewasaanku juga banyak mematangkan diri yang seringkali terjerumus. Entry kali ini cuma luahan perasaan dan juga ingatan buat diri sendiri supaya ibrah kali ini aku tak pandang enteng dan biarlah ibrah ini terus tersemat kukuh di hati.

Cinta??
Ramai yang mengenal erti cinta,
namun pada diriku insan yang kerdil,
aku baru sahaja mengenali apa maknanya cinta sejati.

Kealpaan yang membuatku alpa tentang nilai cinta tersebut.
Semalam, terasa batinku ingin menjerit kepada anak-anak muda remaja,
ketika melihat ramai yang bermesra secara terbuka,
usahlah belajar bercinta diusia muda,
kerana harganya tidak setara,
namun belajarlah mencari pencipta Cinta kerana di situ kau akan temui cinta yang Esa.

Benarlah,
kadang-kadang cinta sebelum nikah itu,
nikmatnya daripada syaitan
namun cinta selepas nikah itu,
nikmatnya dari Allah.

dan sebenarnya...
berdoalah agar,
Allah tautkan hati kita kepada kekasih yang turut sama mencintaiNya,
Allah temukan kekasih yang cintakan kebaikan keranaNya,
Allah kurniakan kekasih yang benar-benar berharap kepadaNya..
kerana fitrah cinta itu Allah yang ciptakan,
dan akan lebih indah jika ketentuan cinta itu kita redha..
namun bukan hanya dengan menanti..
tetapi carilah kerana islam punya panduannya..
Percayalah wahai diri, jadilah yang terbaik dan kau akan punya yang terbaik..
Usahlah meletakkan satu spefikasi yang tinggi utnuk jodohmu,
namun usahalah agar setiap spefikasi yang kau inginkan terjadi..

Last but not least: Allah dah berjanji bahawa insan yang baik adalah untuk insan yang baik, Allah takkan mungkir janji!
 Strike for Hidayah!!!!


No comments:

Post a Comment

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri