Saturday, July 16, 2011

Warkah Buatmu Ibu


Kisah ini diadaptasi daripada kisah sebenar dan ianya dekat dengan jiwa ana. Semoga Allah membantunya.Ya Allah kembalikanlah penglihatannya -Amin-

Warkah BuatMu Ibu (Kisah Adaptasi)

Mak,

Maafkan diri ini kerana tidak dapat bersama-sama melihat mak semasa mak di bilik pembedahan. Namun sungguh hati ini risau dengan keadaan mak. Mak, anak mak hanya mampu kirimkan doa untuk mak, semoga mak selamat walaupun semua anak lelaki mak disisi hanya anak mak yang perempuan tidak dapat turut serta menghantar mak ke hospital. Mak, andai mata ini mampu bertukar tangan, anak mak rela untuk mendermakan kepada mak asalkan nanti mak dah tak malu dengan orang, mak dah boleh melihat dan mak mampu untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya kata-kata along masih tergiang-giang di telinga, bahawa anak mak ini berlagak kaya dengan hantar duit ja padahal seorang mak tiada galang gantinya. Mak, ingin sekali anak mak berterus terang bahawa memang betul anak mak pentingkan diri dengan berkeras hati untuk tidak balik dan hanya menghantar duit perbelanjaan pembedahan sebanyak separuh dan along juga separuh. Tetapi apa yang menjadi kerisauan anak mak, hanyalah wang elaun yang masih lagi bersisa selepas 2/3 digunakan untuk kos pembedahan mak, mak tahu kan anak mak masih belajar dan duit elaun satu-satunya pendapatan yang anak mak ada untuk perbelanjaan harian. Duit buku dan duit perbelanjaan di sini tidak cukup dengan baki yang bersisa sebab itu anak mak perlu berjimat cermat untuk bertahan. Perbelanjaan buku bukanlah murah, semuanya ada yang mencecah ratusan. Mak, bukan diri ini mengungkit namun itulah hakikatnya. Anak mak perlu meneruskan perjuangan untuk berjaya supaya nanti mak boleh berhias macam kawan-kawan mak yang lain. Mak, anak mak teringin sangat untuk melihat tangan mak ada gelang, leher mak ada rantai dan baju mak baju yang mahal bukan untuk berlagak tapi hati orang tau mak juga perempuan yang punya keinginan untuk bersiap (berhias). Orang tau sejak kecil, mak susah dan tak mampu untuk bersiap macam kawan-kawan mak yang lain dan bila orang dan besar baju mak dipenuhi habuk-habuk kayu apa lagi bila orang dah masuk maktab, mak sanggup bagi duit EPF mak pada orang untuk orang beli laptop. Terima Kasih mak. Sekarang nie, orang hanya mampu buat nie, anak mak hanya mampu untuk bagi separuh daripada elaun untuk kos pembedahan mak, takpe biarlah anak mak berlapar di sini demi untuk mak. Maafkan anak mak, kerana tak mampu untuk pulang ke pangkuan mak di saat mak perlukan anak mak tapi apa yang pasti anak mak nak berjaya untuk jadi kaya supaya kita tak dihina lagi supaya mak dan ayah dapat hidup dan makan sedap-sedap dan bukannya makan lauk masin. Mak, harapan orang apa yang orang usahakan berbaloi, orang rindu masakan mak, orang rindu mak dapat berjalan dengan orang pergi kenduri dan berjalan-jalan di sekitar pekan. Tapi selama orang pimpin tangan mak, orang sikitpun tak malu tapi orang sedih bila mak tak dapat nak melihat dengan jelas, orang sedih bila mak terlanggar longkang dan batu dan kaki mak sakit bila terlanggar batu tu. Mak, masa tu, nak orang nak sangat bagi mata orang kat mak biarlah orang buta asalkan mak dapat melihat. Mak,orang tak sanggup untuk tengok mak jalan dengan meraba-raba, mungkin kadang-kadang orang sentiasa bergurau bila orang pimpin tangan mak padahal masa tu anak mak tengah sembunyikan air mata. Mak, orang sedih sangat bila mak tak dapat nak melihat orang dengan jelas. Mak, orang nak peluk mak..............................orang mintak maaf sebab tak balik pada tanggal 18 Julai. Mak pernah cakap mak teringin nak tengok anak mak sama ada dah gemuk atau tak,Insyallah orang tau Allah takkan sia-siakan usaha anak mak. Allah takkan sia-siakan pengorbanan anak mak kan, walaupun kecil nilainya.

Friday, July 15, 2011

Surat Untuk Muslimin & Muslimat


Rindu Rasanya untuk menulis kembali namun ana memohon maaf kerana lama dah tak mengunjungi diari blog sendiri..hehehe, banyak perkara yang berlaku dan terasa sukarnya apabila broadband ana dah diambil..ana redha tapi apa2pun GoWireless menyelamatkan ana di hujung minggu nie..Minggu nie ana cuma postkan surat rasmi untuk semua..ana harap surat nie sampai ke destinasinya yang ditujui..


Jabatan Blog Wardatul Shauqah

Atierahfinal@yahoo.com

Malaysia.

Umat Islam

Perkampungan Islam Malaysia

Jalan Menuju Hidayah

24434

Tuan,

MEMOHON KERJASAMA UMAT ISLAM MENGHAYATI MAKNA ISLAM

Dengan merujuk kepada perkara di atas,saya memohon kerjasama kepada semua umat Islam menghayati keindahan Islam dan makna Islam dalam hidup. Perkara pertama yang perlu dihayati ialah apa itu Islam.

2. Sebagaimana yang telah diketahui, Islam menuntut agar penganutnya menegakkan syiar Islam. Oleh itu, saya menyeru agar semua umat Islam dan diri saya sendiri sentiasa menegakkan kebenaran dan memboikot apa yang perlu diboikot terutamanya ISRAEL Laknatullah!. Cara terbaik memboikot mereka adalah dengan mengamalkan sunnah Rasulullah dan mencontohi akhlak baginda.

3. Setiap syariat yang telah diperintahkan oleh Allah wajib ke atas hambaNya untuk mematuhinya. Selain itu, talian yang boleh dihubungi untuk berkomunikasi dengan Allah berkaitan dengan masalah hati untuk menghayati agama Islam adalah ’DOA’.

Kerjasama anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.

Sekian,

“BERKHIDMAT UNTUK AGAMA”

‘CINTAILAH AGAMA ISLAM’

Saya yang menurut perintahNya,

(Setiausaha Persatuan Menegakkan Islam)



Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri