Friday, November 12, 2010

Rinduku Pada Dirimu


Cahaya malam mula menjelma,dan perasaan rindu menjenggah. Kadangkala kenangan yang lalu benar-benar mengusik jiwa dan diri ini mula terkenangkan sahabat-sahabat yang sama-sama melalui zaman remaja mencari ilmu dan mencipta kejayaan. Buatmu sahabatku,sesungguhnya kenangan itu kukuh terpahat dihati. Semoga ukhwah yang terbina terus teguh. Walaupun pada hakikatnya, kita terpisah berjuta-juta kilometer,namun kita masih dekat dihati. Bukanlah untuk berjiwang namun tinta ini untuk menjadi saksi kepada luahan perasaan rindu kepada sahabat-sahabatku. M,dirimu sungguh cantik bertudung labuh dan Azni engkau masih lagi mekar sewangi wardatul shauqah dan menjadi pemimpin di bumi SMKB,lantang berkata-kata namun dirimu masih lagi seperti dulu,selembut sutera. M,kutahu dirimu sedang melaui ranjau mengejar cita-cita dan bersemangat mengejar ilmu Ilahi. Kudoakan kejayaan mengiringi kalian. Diriku pula,masih lagi sedang berjuang meneruskan cita-cita menjadi seorang guru. Kutersenyum seketika apabila mengingatkan kata-kata rakan yang lain bahawa diriku sesuai menjadi seorang guru dan tanpa sedar gurauan itu menjadi pendorong buat diriku.

Tiada terucap kata-kata rindu buat kalian,
Andai pasangan kekasih meluahkan rindu bercanda,
Rindu seorang sahabat bersama redha Tuhanya
Melakari ukhwah melayari bahtera keduniaan.

Sebuah persahabatan,
Tiada nilainya dengan harta kekayaan,
Andai kedua-duanya menjadi taruhan hidup,
Dirimu sahabat menjadi keutamaan,
Sebagai pemangkin anjakan paradigma diri.

Ukhwah yang terbina,
Ibarat ikatan atom-atom,
Seperti aur dan tebing,
Saling menghulurkan,
Mewarnai sebuah kehidupan.

Doaku padamu Tuhan,
Teguhkanlah ukhwah ini,
Semaikan rasa cinta yang berkekalan,
Agar saluran cinta tidak terpesong dari landasanMu.

-AMIN-

Saturday, November 6, 2010

Exam Dunia VS Exam Akhirat


Malam nie,sekali lagi Allah kurniakan idea yang cukup bernas. Kemungkinan diriku yang sedang risau menanti kertas peperiksaan yang seterusnya, dan menyebabkan idea tersebut singgah ke benak minda. Sebagai seorang pelajar yang sedang mencari ilmunya yang seluas lautan, seringkali diuji dengan arus peperiksaan. Ibarat ombak yang memukul pantai, andai anda tidak bijak mengatur strategi menyelamatkan diri kemungkinan hanyut dibawa ombak. Tinta kali ini bukan untuk bermadah ataupun menceritakan fitrah ombak memukul pantai tetapi hakikat kebenaran dunia. Pelajar diuji dengan 'exam' dan umat Islam juga diuji dengan 'exam'. Secara ringkasnya,ana telah nukilkan secara berjadual. Mungkin lebih senang berbanding penerangan yang panjang dan kadang-kadang menjadikan seseorang itu malas membaca,apatah lagi diri ana sendiri yang bukanlah bijak berkarya, berkata-kata dan bermadah.



Exam Dunia

Exam Akhirat

Pendaftaran:

-Terbuka kepada pelajar yang mengambil kursus terbabit (contoh kat sini pelajar PPISMP sem3)

-Pendaftaran melalui slip peperiksaan

Pendaftaran:

-Terbuka kepada seluruh umat Islam

-Pendaftaran melalui sijil kematian

Tempat:

Dewan @ Bilik Kuliah

Tempat:

Tanah perkuburan Islam


Soalan Spot (Belum tentu keluar);

*Bm1
Objektif:
1)Jumlah huruf abjad dlm bm, 2)Penulisan konsanan asli BM, 3)pola pembentukan kata dalam bm...tntukan pola suku kata, 4)kenlpasti perktaan bdasrkan pola pmbntukan kata, 5)pdoman ejaan rumi BM,6) Komunikasi bertulis, 7)Penggunaan panggilan hormat yg tepat, 8)penulisan berita, 9)rencana,10)ciri-ciri pgacara mjlis (aspk kupyaan berkomuniksi)

*Spot Bm 2
semantik..
-dfinisi
-antonim
-sinonim
-hiponim

wacana
-apa itu wacana
-takrif, dfinisi
baca (elipsis, konesi, koheran, intelek)

psikolinguistik
-takrif

teori
-struktural
-transformasi generatif
-fungsionalis

struktur

-unit bhsa utk mnentukan kdudukan semantik
-3 teori semantik(huraian)
-bina 2ayt bdasrkn ciri tsebut

Pendidikan Jasmani
(BAHAGIAN A)-

kajian empirikal-kriteria utama dlm prancangan sukan n rekreasi-ikatan utk kselamatan-ciri2 pnting dlm rekreasi aktif-prkara yg boleh dlakukan utk memelihara flora n fauna

(BAHAGIAN B)
-5 objektif pndidikan konservasi-orienteering (kompas) = 2jenis jarum-4 perkara pnting smsa mnggunakn kompas

(BAHAGIAN C)
-snaraikn 5 jwatankuasa-5 kbaikan sistem pertandingan-bola tampar (tujuan merejam n menyangga)-hoki (menolak n menggelecek)-butiran mengajar bola tampar

Sumber: IPGM TEMENGGONG IBRAHIM

IPTO

IPGM KBM

IPIS

IPDA (Dan seluruh IPGM di Malaysia)

P/S: Study jerla semua,takut kecewa bila tak masuk,selamat menjawab soalan peperiksaan


Soalan Spot (Soalan bocor dan ternyata akan keluar);

Soalan Pertama:

Siapakah TUHAN mu ?

Soalan Kedua:

Malaikat : Siapakah NABI mu ?

Soalan Ketiga:

Malaikat : Apakah AGAMA mu ?

Soalan Keempat:

Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu!

Soalan Kelima:

Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ?

Sumber: Hadis

P/S-Walaupun anda menghafal jawapan kepada soalan di atas namun mulut dikunci pada hari tersebut hanya amal yang akan menjawabnya.(Wallahualam).

Teknik Menjawab:

-Bahagian fakta wajib dihafal

-Exam Math kena banyak praktis

-PJ banyak kena tau teori

Teknik Menjawab:

Ditentukan oleh amalan. Jagalah amalan supaya tidak terpesong ke kancah maksiat

Result:

-Lulus dengan cemerlang

-Lulus dengan Kepujian

-GAGAL

Result:

SYURGA ATAU NERAKA

Semoga menjadi renungan kita bersama

Friday, November 5, 2010

Bila Nikmat Sihat Ditarik


Jari jemari rancak menulis tentang perasaan yang dialami. Tinta ini khas buat diriku yang sentiasa alpa bahawa aku hanyalah sekadar hambaNya. Diri ini lemah, Ya Allah. Malam menjenggah menggantikan siang dan bintang tidak kelihatan kerana bersembunyi di sebalik awan namun bulan masih lagi setia menemani manusia. Kesunyian malam yang ditemani dengan pelbagai alat jentera meneroka alam demi pembangunan, tidak mampu mengubat hati yang cuba menerobos seluruh pelusuk diri tentang amalan untuk kesana. Kali ini,tinta yang dihasilkan bukanlah sebuah cerita namun luahan perasaan yang berasakan bahawa manusia itu lemah. Dalam setahun, Allah telah mengujiku beberapa kali dengan menarik nikmat sihat yang diberiNya. Setiap kali makanan yang masuk ke mulut,langsung tak terhadam padahal perut minta untuk diisi. Ya Allah,baru kusedar bahawa selama ini nikmat percuma yang diberikan langsung tidak dihargai. Kini, ketika kautarik nikmat itu,kumula sedar bahawa diri ini alpa untuk mengucapkan syukur ketika dulu makanan yang masuk ke mulut dapat dihadam. Ketika badan lesu, terucap kalimah yang paling indah iaitu namaMu. Kadangkala diri ini lupa bahawa nikmat yang Kautarik bukanlah untuk menyiksa hambaMu malah untuk menyedarkan hambaMu bahawa Kaulimpahkan kasih sayang kepadanya. Terima Kasih, Ya Allah. Diriku sedar bahawa sakit yang dideritai bukanlah satu penderaan,namun sebagai satu ujian agar diriku tidak terus leka dibuai arus dunia. Diriku mula terfikir penderitaan yang ditanggung oleh insan lain. Semoga Allah mengurangkan kesakitan yang dialami. –Amin-

Cinta

Cinta yang Kauhulurkan,

Penuh dengan kenikmatan,

Padahal hanya sekelumit yang menyedari,

Betapa nikmatnya kasih sayangMu.

Dulu,

Kegembiraan dimiliki,

Terasa dunia seperti wujud buat seribu tahun lagi,

Pelangi indah melewati kehidupan,

Kini,

Kegembiraan mula goyah,

Apabila nikmatNya ditarik,

Diri yang alpa mula meminta,

Agar alam tidak kehujanan.

Sedarlah,

Kadangkala kenikmatan itu mengalpakan,

Dan kesengsaraan itu mengingatkan.

Tanamlah rasa syukur dengan nikmatNya,

Bajailah rasa sabar bila sengsara,

Siramilah diri dengan rasa taqwa.

Wednesday, November 3, 2010

ada apa dengan cantik?


“Awak gemuk! Awak tak cantik! Awakla perempuan yang paling hodoh sekali yang pernah saya jumpa?. Kenapalah pakaian awak macam penyanyi hip hop?,tudung awak macam pelangi,pakaian macam orang tua?.”

Mungkin ayat seperti ini pernah dilontarkan kepada wanita diluar sana. Aku juga tak terkecuali daripada dihina. Kadangkala secebis hati rasa terguris dengan kata-kata sebegitu. Ada apa dengan cantik??. Wanita amat sinonim dengan perkataan cantik, lelaki juga kadangkala terpaku dengan kecantikkan yang dimiliki oleh wanita. Seraut wajah yang lembut dan menggoda mampu menarik perhatian sejuta lelaki. Begitu jua dengan wanita,mudah terbuai dengan pujian. Bagaimana pula dengan wanita yang tidak dikurniakan dengan seraut wajah yang cantik?. Kenapa perlu dihina raut wajah yang dimilikinya atau susuk badannya?. Sebenarnya itulah dunia,yang cantik dipuji, yang jelek dihina. Namun disebalik semua ini, diriku berasa bahawa hinaan yang dilemparkan merupakan hinaan yang dilemparkan kepada ciptaan yang Allah ciptakan. Mengapa manusia yang jelek perlu dihina?. Padahal Allah pernah berfirman bahawa sebaik-baik kejadian ialah manusia yang telah dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini.Adilkah seandainya kecantikkan itu menjadi ukuran sehingga kadangkala ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk cantik ataupun manusia itu sendiri tidak pernah puas dengan apa yang Allah kurniakan atau berasa sedih dengan hinaan yang dilemparkan.Mengapakah Allah tidak menciptakan sahaja semua wanita itu dengan wajah yang cantik?. Jawapannya Allah menciptakan manusia dengan pelbagai rupa supaya kita hambaNya boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain dan bukannya saling menghina. Kemungkinan hal ini terjadi kerana fitrah manusia yang sukakan dengan kecantikkan namun tidak semua yang cantik itu membawa kebaikan. Contohnya; ikan di lautan yang berwarna-warni selalunya beracun. Tinta ini buatmu wanita yang berasa lemah dengan hinaan manusia yang lain, usahlah berasa disisihkan kerana dirimu ciptaan yang Esa. Andai hinaan juga diterima ingatlah bahawa manusia yang sedang menghinamu cuba menghina ciptaan Allah. Balutilah dirimu dengan iman dan akhlak yang mulia,syurga menantimu buat yang sabar. Jadikanlah hinaan yang diterima sebagai pemangkin perjalanan hidupmu, kerana Allah tidak menilai hambaNya melalui kecantikkan paras rupa tetapi iman dan taqwa. Seindah hiasan ialah wanita yang solehah dan bukan wanita yang cantik paras rupanya.

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri