Thursday, October 21, 2010

Bila rasa marah menguasai


Majlis Makan Malam Perdana diadakan lagi pada tahun ini. Malam tersebut merupakan malam yang gilang gemilang buat guru-guru pelatih Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu. Pada malam tersebut,diriku dan rakan-rakan lain lengkap berpakaian mengikut tema. Alhamdulillah, bukan sekadar menepati tema malahan menutup aurat. Tema yang ditetapkan adalah etnik kreatif kontemporari yang berwarna merah dan hitam namun aku dan sesetengah rakan-rakan memilih jubah pada malam tersebut. Apa yang ingin disampaikan dalam blogku ini bukanlah untuk menceritakan mengenai tema tetapi rasa yang menyebabkan rakan sebilikku turut sedih. Tak terlafaz dan terucap kata maaf buat dirinya kerana aku sendiri malu dengan sikapku. Hal ini bukanlah hal yang besar cuma diriku yang terasa. Setibanya di majlis tersebut,rakan-rakanku yang lain berpecah mencari rakan sekelas masing-masing, akhirnya aku terpaksa mengambil tempat duduk dengan rakan-rakan bukan Islam. Almaklumlah tempat untuk menyertai rakan-rakan sekelasku sudah penuh diisi. Sedih bukan kepalang kerana pada saat itu, aku terasa seperti dipinggirkan apatah lagi apabila aku tidak memahami perbualan yang dituturkan oleh rakan-rakan yang bukan sebangsa. Rasa sedih menyebabkan aku diam membisu kerana menahan air mata daripada menitis. Rasa ego turut menguasai diri, bebarapa minit kemudian, dua rakan rapatku datang menemani dan kehadiran mereka tidak dapat memujuk hati yang kesedihan. Aku terus diam dan saat itu aku sedar bahawa rakan sebilikku turut berasa bersalah walaupun dirinya tidak melakukan apa-apa kesalahan hanya diriku yang berasa dipinggirkan. Aku menyebabkan mood rakan-rakan rapatku terutamanya rakan sebilik rosak pada malam tersebut. Mataku tak lepas dari menatap perilakunya, rasa bersalah mula menyelebungi diri. Aku mula bertanya pada diriku sendiri mengapa aku bersikap seperti kebudak-budakkan??. Padahal aku langsung tidak layak untuk melakukan sedemikian rupa kerana merekalah yang sentiasa menemani diriku dan menggembirakan hatiku. Maafkan aku rakan-rakan sekalian. Diri ini amat menyayangi kalian semua. Seharian masing-masing mendiamkan diri, aku tahu kerana kebodohanku menyebabkan jurang antara kami berdua. Ibarat kaca yang mula retak. Aku mula bermuhasabah diri, lemahnya diriku apabila rasa marah mula menguasai diri. Aku tertanya bagaimana pula sekiranya kita dipinggirkan oleh Allah??.

Friday, October 15, 2010

Kematian Bakal menjemput kita


Ya Allah, ampunilah aku.. Aku sedar kematian akhirnya bakal menjemput. perjalanan di dunia hanya pinjaman Allah semata-mata. Terlalu banyak perkara yang kadang-kadang diri sentiasa melakukan dosa kepadaNya,padahal terlalu banyak pertolongan yang telah dikurniakan, terlalu sedikit rasa bersyukur atas pertolonganNya. Al-fatihah kepada rakan-rakan yang terlebih dahulu menemuiNya. Diri ini akan menyusul jua dan kita semua akan ke sana. Kegembiraan di dunia yang fana melekakan bahawa dunia hanyalah fatamorgana. Kadangkala sehingga kita terlupa untuk mempersiap diri dengan bekalan. Sahabat,bangunkanlah diriku disaatku alpa, kejutkanlah diriku disaatku terbuai dengan arus kehidupan dunia. Banyak sangat angan-angan yang kupasang untuk dunia masa depanku, namun ada masakah untuk semua itu?? Dan diriku terpana apabila pengumuman pukul 12.30 pagi bahawa seniorku telah dijemput kembali ke rahmatullah. Diriku terfikir sejenak, adakah aku terlalu leka menghitung hari dan merancang masa depan tanpa merancang untuk ke sana??. Aku sedar, kematian tak mengenal usia. Kematian bakal menjengah walaupun seusia bayi yang masih kecil. Diriku terfikir, bahawa kadang-kadang terlalu leka memasang angan-angan,nak jadi ini nak jadi itu namun bila masanya kita terfikir, nak masuk syurga,nak jumpa Allah. Lekanya diriku dengan dunia. Andai kematian itu menjemputku, sempatkah diriku memohon maaf kepada insan yang menyimpan rasa dendam dan amarah padaku??,dan bagaimana cara yang Allah tentukan untuk diriku bertemunya??. Ya Allah, matikanlah aku dalah husnul khatimah walaupun diriku sedar aku tak layak menerima penghormatan yang sebegitu besar kerana hambaMu banyak melakukan dosa....

Dalam satu hadis Rasulullah mengingatkan melalui sabdanya “Perbanyakkanlah mengingati akan sesuatu yang memisahkan ni’mat yaitu mati”. Kenapa Rasulullah menyuruh kita untuk memperbanyak ingat akan mati? Yang pertama, kerana mati adalah kepastian “Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati” (QS. 3 Ali Imran : 185). “Dimanapun kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, walaupun kamu berada di dalam benteng yang tinggi dan kukuh” (QS. 4 An nisa : 78).

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri