Thursday, January 10, 2013



Tarbiah Cinta
Sekian lama jari tidak lagi menulis dan meluahkan rasa namun pada 10 jan 2012, terasa ingin meluahkan sesuatu tentang cinta. Mungkin saat ini ramai yang sedang khayal dalam dunia cinta namun Alhamdulillah aku  terlepas daripada ikatan cinta nafsu yang yang benar-benar menjadikan diriku alpa dan lupa tentang cinta Ilahi.
Benarlah, kadang-kadang apabila kita jauh daripada cinta nafsu barulah terpamit rasa penyesalan dan rasa bahangnya negatif cinta manusia. Ya Allah aku mohon, jagalah hatiku ini supaya ianya terus menerus mencuba untuk mencintaiMu.
Mengejar cinta Ilahi bukanlah satu perkara yang mudah kerana cinta itu akan diuji. Kadangkala, langkah kaki terhenti kerana peritnya ujian namun perlu digagahi kerana janji kepada diri bahawa tidak lagi akan kembali kepada dunia cinta nafsu yang penuh tipu daya.
Kadangkala, ianya sukar dek kerana kreatifnya syaitan. Hanya secangkir iman yang mampu untuk memanipulasi hasutan tersebut. Tinta meneruskan luahan, hati ini sanga-sangat memerlukan cintaMu supaya diri ini tidak lagi dibelit dengan nafsu cinta. Ya Rabb aku mohon, benarkanlah aku untuk mengejar cintaMu...labuhkanlah rasa cinta ini hanya pada seorang insan yang bernama suami yang Engkau telah tetapkan.
Cinta itu fitrah yang tak mampu disangkal oleh sesiapa namun terpulang kepada insan untuk menyalurkanyya kepada laluan yang benar. 

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri