Sunday, April 21, 2013

Jom Mengundi!


Salam Pertemuan,

Bahang PRU semakin terasa, bendera dipasang di mana-mana sahaja menunjukkan semangat masing-masing yang ingin meraih undi memilih sesiapa sahaja yang mampu untuk mentadbir dan menjadi wakil suara kepada semua. Hari penamaan calon telah terlaksana, dan para pengundi bebas memilih sesiapa sahaja bukan berdasarkan mana-mana sokongan parti tetapi undilah berdasarkan wakil dan calon bukan memilih parti dan kenapa saya berpendapat sebegitu rupa?? Ada keadaan yang kita seharusnya memilih calon Islam. Dan kenapa?? Kerana Islamnya seseorang menunjukkan kemuliannya. Adakah saya seorang yang racis?? Tidak!! Kerana negara Islam akan melindungi sesiapa sahaja yang bernaung di bawah penguasaannya sebagaimana pemerintah di bawah Sultan Muhamad Al Fateh yang menerajui Istanbul mengikut acuan pimpinan Rasulullah. 

Umat Islam perlu memilih calon Islam tidak hanya memilih berdasarkan sokongan kepada parti semata-mata. Pendapat peribadi saya, pilihlah atas dasar calon tidak kiralah sama ada parti calon tersebut Umno,Pas,atau Bebas,Pakatan Rakyat atau Berjasa. Fikrahnya sama, membawa suara Islam di dalam Parlimen. Perjuangkan hak negara Islam. Kuasa memilih di tangan kita semua. Hati saya sedih apabila melihat parti politik masing-masing berbalah, bertegang urat, membalas cacian, mencerca demi kepentingan politik, namun kita tidak sedar bahawa kita bersaudara. Kita satu agama. Saya terkilan dengan sikap sesetengah pihak yang terus melontarkan cacian tanpa berfikir panjang. Cacian tidak diperlukan dalam perjuangan politik kerana walaupun berlainan parti namun kita saudara seIslam, usah menghina adik beradik yang lain. Usah bermusuh kerana parti, kita berasal daripada nabi Adam. Hentikanlah cercaan dan hinaan ataupun ancaman atau amarah. Ya! Anda bebas bermanifesto tetapi jangan sampai menghina saudara seislam sendiri. Parti ini tidak perlu mengutuk parti yang lain, menghina parti yang lain, mengeluarkan apa-apa sahaja kenyataan yang berunsurkan fitnah. Jangan menjatuhkan saudara sesama Islam. Hak mengundi adalah memilih mana-mana sahaja calon yang mempunyai ciri-ciri Islam dan bukan memilih di atas kepentingan parti tertentu. Pengundi perlu memilih calon dan bukan memilih parti. Ayat-ayat cinta yang berikut merupakan teguran daripada Allah supaya kita sedar bahawa kita semua bersaudara walaupun berlainan fahaman politik.

Rujuk Surah Al-Hujurat (1-13)
Intipati ayat yang benar-benar membuatkan saya tersedar dari lamunan adalah ayat yang ke-11.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jangalah sesuatu puak daripada kaum lelaki mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain kerana kemungkinan puak yang dicemuh itu lebih baik daripada mereka;dan jangalah kamu sesuatu puak daripada kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil- memanggil antara satu dengan yang lain gelaran yang buruk. Larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruk sebutan fasik kepada seseorang yang sudah beriman. Dan ingatlah sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim.”
(49:11)  
Selamat Mengundi Calon Muslim Berwibawa!

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri