Monday, February 13, 2012

Diari seorang Mua'lim


Tuhan,

Layakkah aku memegang panji agamaMu,

Sedangkan diri ini hina,

Namun, amanah yang Kauberikan,

Tidak mampu aku tolak,

Kerana kutahu Kau punya agenda untukku.

YaRabb,

Mazmumah yang bersarang dihati,

Tak tertanggung dengan amanah yang Kauberi,

Kesucian agamaMu membuatkan diriku takut,

Takut untuk menyelusuri jalan dakwah.

Ya Allah,

Bantulah hambaMu,

Kerana diriku pincang,

Diriku alpa dengan fatamorgana dunia.

Ya Ilahi,

Kau pandangilah aku,

Kau tunjukkan aku jalan hidayahMu,

Ya Allah,

Sekiranya aku yang Kau pilih,

Untuk menegakkan agamaMu,

Izikan aku merasai cinta cahayaMu.

Kiranya ini ketetapanMu,

Izinkan aku menjadi insan yang Kaucinta.

Sesungguhnya Ya Allah, imanku berbolak balik,

Kau tetapkan diriku dengan jalan ini,

Jangan Kautarik YaAllah sehinggalah malaikatMu mencabut nyawaku,

Kiranya aku masih jahil Ya Allah,

Kaubenarkanlah aku terus berhalaqah sampai syurgaMu.

AMIN...................

27 NOVEMBER 2010


Kenangan buat tarbiah hati

Hari ini,banyak perkara yang menyedarkan diriku. Pagi-pagi lagi diriku bersiap-siap mengikuti ayahku ke kebun. Disitulah ladang getah yang banyak berjasa kepada keluargaku. Mungkin tinta kali ini mencoretkan pengalamanku bersama-sama ibu dan ayah menitipkan kenangan buat diriku. Kesusahan yang Allah uji untuk diriku merupakan kelebihan kepada keluargaku untuk menyedari erti menghargai. Masih segar diingatan rumahku dulu ibarat reban ayam atau mungkin seperti panggung wayang. Aku sendiri tidak pasti mengapa gelaran sebegitu diberikan kepada rumahku mungkin disebabkan dinding yang terkopak ditampal dengan plastik biru kelihatan seperti skrin wayang. Keluargaku tetap sabar dengan kata-kata tersebut. Mak dan ayah sama-sama berkerja keras membanting tulang untuk mengubah hidup kami sekeluarga. Namun terlau banyak kenangan manis bersama-sama di rumah tersebut. Rumah yang tidak mempunyai bilik hanyalah dipisahkan dengan kain langsir dan ruang tersebut ditempatkan dua buah katil buat ibu dan ayah. Mungkin ada yang tertanya-tanya dimanakah pula kami adik-beradik tidur?. Sebenarnya itulah kenangan paling manis buat diriku. Along,angah,dan adikku kami bersama-sama tidur di ruang tamu. Aku dan adik perempuanku tidur di bahagian kiri penjuru ruang tamu manakala kedua abangku di bahagian yang berdekatan dengan telivisyen. Kadangkala aku tidur di tingkat atas. Walaubagaimanapun tingkat atas agak ‘berpuaka’. Berpuaka akibat anai-anai yang menjalankan fitrahnya untuk mereputkan lantai papan rumahku. Padah menimpa andai kaki tidak melangkah dengan berhati-hati. Aku juga tidak terkecuali, apabila kakiku terjerlus dalam lubang lantai yang sudah reput. Walaubagaimanapun,di tingkat ataslah tempat aku mengulangkaji matapelajaran. Minatku masih seperti dulu menulis sajak dan melukis,tapi apa yang aku nukilkan adalah kisah hidupku,doaku dan impianku kerana aku bukanlah seorang penulis yang kreatif yang mampu mengerah fikiran menghasilkan ceretera. Kesusahan di zaman sekolah rendah banyak mengajarku erti kesabaran dan kerajinan. Banyak piala yang aku kumpulkan semasa di zaman sekolah rendah sehingga aku digelar tokoh murid. Segala-galanya hanyalah kenangan zaman sekolah. Kecemerlangan semasa PMR tidak membawa aku melangkah jauh seperti yang aku idam-idamkan mungkin kekurangan wang menyebabkan aku tidak mengisi borang tawaran ke asrama penuh. Aku kuburkan hasratku untuk menjejakkan kaki ke asrama penuh. Keazamanku juga mula pudar apabila aku langsung tidak serius dalam pembelajaran apatah lagi aku agak lambat untuk menerima apa yang diajarkan apatah lagi mata pelajaran matematik tambahan. Tanganku sering menjadi mangsa (kena rotan kerana gagal). Sakitnya memang bukan kepalang kadang-kadang berbekas tapak tanganku akibat dirotan. Masuk sahaja tingkatan lima aku mula berazam untuk masuk ke USIM dan mendalami ilmu syariah. Sekali lagi ujian mendatang kerana aku gagal mendapatkan kredit dalam mata pelajaran Bahasa Arab. Kesalahanku sendiri kerana malas menghafal. Kegembiraan mendapatkan A1 dalam mata pelajaran Syariah dan Quran-Sunnah hanyalah satu kenangan dan bukan lagi satu batu loncatan untuk aku ke USIM. Aku mendapat tawaran ke Kolej Matrikulasi Kedah. Banyak pengalaman yang aku timba disitu dan di sana juga cita-cita untuk menjadi ustazah bertukar untuk menjadi seorang guru pemulihan,Allah menunjukkan aku jalan melalui buku yang aku pinjam di perpustakaan. A bouquet of roses,buku yang mebuatkan aku sedar pekerjaan guru sangat mulia.

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers

Ukhwahfillah

Mawar Berduri