Jari jemari rancak menulis tentang perasaan yang dialami. Tinta ini khas buat diriku yang sentiasa alpa bahawa aku hanyalah sekadar hambaNya. Diri ini lemah, Ya Allah. Malam menjenggah menggantikan siang dan bintang tidak kelihatan kerana bersembunyi di sebalik awan namun bulan masih lagi setia menemani manusia. Kesunyian malam yang ditemani dengan pelbagai alat jentera meneroka alam demi pembangunan, tidak mampu mengubat hati yang cuba menerobos seluruh pelusuk diri tentang amalan untuk kesana. Kali ini,tinta yang dihasilkan bukanlah sebuah cerita namun luahan perasaan yang berasakan bahawa manusia itu lemah. Dalam setahun, Allah telah mengujiku beberapa kali dengan menarik nikmat sihat yang diberiNya. Setiap kali makanan yang masuk ke mulut,langsung tak terhadam padahal perut minta untuk diisi. Ya Allah,baru kusedar bahawa selama ini nikmat percuma yang diberikan langsung tidak dihargai. Kini, ketika kautarik nikmat itu,kumula sedar bahawa diri ini alpa untuk mengucapkan syukur ketika dulu makanan yang masuk ke mulut dapat dihadam. Ketika badan lesu, terucap kalimah yang paling indah iaitu namaMu. Kadangkala diri ini lupa bahawa nikmat yang Kautarik bukanlah untuk menyiksa hambaMu malah untuk menyedarkan hambaMu bahawa Kaulimpahkan kasih sayang kepadanya. Terima Kasih, Ya Allah. Diriku sedar bahawa sakit yang dideritai bukanlah satu penderaan,namun sebagai satu ujian agar diriku tidak terus leka dibuai arus dunia. Diriku mula terfikir penderitaan yang ditanggung oleh insan lain. Semoga Allah mengurangkan kesakitan yang dialami. –Amin-
Cinta
Cinta yang Kauhulurkan,
Penuh dengan kenikmatan,
Padahal hanya sekelumit yang menyedari,
Betapa nikmatnya kasih sayangMu.
Dulu,
Kegembiraan dimiliki,
Terasa dunia seperti wujud buat seribu tahun lagi,
Pelangi indah melewati kehidupan,
Kini,
Kegembiraan mula goyah,
Apabila nikmatNya ditarik,
Diri yang alpa mula meminta,
Agar alam tidak kehujanan.
Sedarlah,
Kadangkala kenikmatan itu mengalpakan,
Dan kesengsaraan itu mengingatkan.
Tanamlah rasa syukur dengan nikmatNya,
Bajailah rasa sabar bila sengsara,
Siramilah diri dengan rasa taqwa.
No comments:
Post a Comment