Friday, January 21, 2011

Warkah Jihad untuk yang bercinta..



Assalamualaikum,

Buat insan yang kupendamkan rasa cinta buat dirimu, maafkan diri ini kerana meminta perpisahan darimu. Akhirnya cinta yang selama ini kita pertahankan roboh di persimpangan jalan. Bukannya diri ini sombong ataupun megah sehinggakan membuang cintamu namun diri ini merasakan bahawa berdosanya kita kepada yang Maha Esa kerana menghalalkan apa yang telah diharamkaNya. Sesungguhnya Allah maha Berkuasa,dan mustahil untuk kita melawannya. Sesungguhnya perpisahan ini untuk diriku melakukan persiapan sepenuhnya untuk menjadi seorang isteri yang solehah dan bukannya menitipkan cinta sebelum tiba masanya kerana diri ini betul-betul takut perkahwinan yang dibina tanpa keredhaaNya bakal runtuh kerana perkahwinan tanpa redhaNya tidak akan bahagia. Impianku ingin hidup bersamamu membina mahligai kasih dan mendidik anak-anak yang bakal membawa Islam ke puncak. Andai kita bercinta sebelum tiba masanya sudah tentu Allah tidak ragu-ragu membalas dosa-dosa nafsu yang dilakukan,dan diriku tidak mahu rebah tersungkur mengenang kekalahan dan syaitan berpesta meraikannya. Sabarlah menunggu saat itu. Andainya surat ini sampai ke tanganmu kemungkinan diri ini sudah melayari bahtera ke dunia lain. Buatmu bakal suamiku, cinta itu memang penuh kenikmatan namun apa yang Allah telah tunjukkan ialah cinta di alam perkahwinan bukannya cinta nafsu seorang lelaki kepada perempuan yang bukan mahramnya. Cinta itu penuh kemuliaan sekiranya dibajai dengan rasa taqwa dan menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Aku yakin Allah akan menjaga dirimu. Bukan senang untuk berjihad sebegini setelah hampir lima tahun menyelami lautan cinta. Hakikat sebenar kita berdua perlu kembali ke pantai kerana lautan itu penuh dengan racun-racun cinta yang dikotori oleh syaitan durjana. Sebelum menyelam kembali ke dasar tersebut, persediaan rapi perlu dibuat. Belajarlah berenang dengan pelampung halawatul iman supaya kita akan sama-sama selamat ketika berenang dan dengan bantuan Allah, pasti kita akan berjaya ke seberang sana sebagai pasangan kekasih yang halal. Diriku akan kembali padamu,andai itu ketentuanNya. Gantikanlah rasa rindu kepadaku dengan rasa rindu bertemu dengan Allah. Berdoalah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita dan yakinlah pada Allah. Namun andai cinta itu bukan milik kita berdua,percayalah Allah telah menetapkan wanita yang lain yang mampu membahagiakan dirimu dan sama-sama berjuang merentasi lambungan ombak di lautan.

Yang Iklas,

Bakal Isterimu (andai itu ketentuaNYA)..

No comments:

Post a Comment

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri