Thursday, January 27, 2011

Kehidupan yang mendekatkan


Konsep satu Malaysia?? Emm,mungkin satu asas untuk menyatupadukan rakyat Malaysia. Namun kali ini,tintaku bukan untuk menerangkan apa itu konsep satu Malaysia,namun bagaimana kita bergaul dengan rakan yang bukan seagama dengan kita. Mungkin kadang-kadang ada yang berasa jijik untuk bergaul dengan mereka tapi bagi diriku sebenarnya itulah titik untuk kita berdakwah. Bukan untuk memaksa mereka bertukar agama tapi hanya menunjukkan identiti sebenar umat Islam yang Islam itu tidak liberal dan bukan TERRORISM!! Alhamdulillah,selama aku rapat dengan seorang gadis India,aku semakin yakin bahawa agama Islam itu agama yang syumul andai kita mengamalkan ajarannya. Kata-kata pujian daripadanya menyebabkan aku berasa lega. ‘Ain,sebenarnya gadis yang bertudung labuh ni baikla,saya ada seorang kawan yang bertudung labuh dan kuat pegangan agamanya pada Islam namun dia melayan saya seperti seorang adik.’ Terima kasih kuucapkan buat wanita muslimah yang dimaksudkan oleh kawan saya tadi,akhlaknya sebenarnya satu dakwah yang menjadikan nama wanita muslimah terbela dan bukannya seperti kenyataan-kenyataan yang tidak enak didengar. Kaulayak menjadi wardatul shauqah wahai saudaraku. Mungkin kadang-kadang kita terasing apabila tidak memahami apa yang dipertuturkan namun itulah masanya untuk kita berzikir,kita tidak berseorangan dan tidak tersisih kerana Allah ada disisi. Sekali kita dekatkan diri dengan Allah,beribu-ribu kali lagi Dia dekat dengan kita. Dalam buku teks Tingkatan Dua (kalau tak silap) ada menyatakan objektif sebenar supaya umat Islam menjaga pergaulan dengan bukan Islam.

  1. Dapat menarik minat mereka mempelajari Islam.
  2. Supaya dakwah Islam dapat berkembang luas dan diterima oleh mereka.
  3. Supaya mereka tidak memusuhi Islam.
  4. Masyarakat akan hidup dalam aman sentosa.

Akibat apabila muslim tidak menjaga adab pergaulan dengan bukan muslim:

  1. Orang bukan Islam bersikap prajudis atau buruk sangka terhadap umat Islam.
  2. Dakwah Islam tidak berkembang luas.
  3. Orang bukan Islam akan memusuhi umat Islam.
  4. Perpaduan tidak wujud dan masyarakat akan berpecah belah.
  5. Negara tidak aman, kemajuan tidak dapat dibangunkan dan rakyat akan mundur.

Walaubagaimanapun,kita harus ingat ada batas yang menjarakkan. Ingatan buat diriku sendiri,dan rakan-rakan janganlah terpesong daripada landasan agama. Berpeganglah pada surah Al-Kafirun bahawa apa sahaja yang terjadi kita tetap berpegang dengan agama Allah. INI JANJI KITA,SELURUH UMAT ISLAM!!

[1]
Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!
[2]
“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
[3]
“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.
[4]
“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.
[5]
“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.
[6]
“Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku”.

Tags: Al-Kafirun, Mekah

No comments:

Post a Comment

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri