Wednesday, February 16, 2011

Muhasabah Malam


Jiwa remaja kadangkala memberontak untuk mencari erti sebenar cinta dan kadangkala tersungkur di persimpangan jalan. Cinta nafsu memang membahagiakan manusia yang alpa tentang kewujudan Tuhan . Persoalan dalam cabang falsafah ,metafizik mengajar kita tentang kebenaran kewujudan Tuhan dan mengajar manusia berfikir setiap perkara itu punya penciptaNya. Sekian lama,diriku cuba mencari cahaya hidayah,kadangkala terasa sukar untuk mencarinya. Hidayah bukanlah sesuatu perkara yang konkrit namun abstak. Sekali kita terpaut,kita akan mula merasai kewujudan Tuhan dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar cinta Allah. Fitrah manusia mencari Tuhannya dan kadangkala disaat hati mula memahami cinta Ilahi pasti kita tersungkur dengan ujianNya, sebagaimana diriku yang hampir terjerumus ke kancah yang tidak selayaknya seorang muslimah melakukan sebegitu. Allah menyelamatan diriku dari segalanya namun diri ini memohon maaf kepada sahabat-sahabat yang kusayangi kerana diriku masih belum kukuh untuk menegur kalian kerana diriku memerlukan bantuan kalian membentuk diriku. Akumengharapkan agar kita sama-sama berusaha memimpin tangan menuju syurga Ilahi. Sesungguhnya ingin sekali diri ini meluahkan rasa cinta yang membuak-buak pada kalian dan membawa kalian berhalaqah sampai syurga. Buat diriku dan remaja di luar sana, kuyakin kadangkala kalian mengatakan bahawa cinta manusia itu indah namun hakikatnya cinta kepada Allah lebih indah. Dialah pencipta cinta,mungkin kita banyak membazirkan air mata dengan cinta nafsu manusia, cinta Allah tidak pernah menyiksa hambaNya malahan bertambah-tambah nikmatNya. Walaupun kita alpa untuk mengingatiNya namun Dia tidak pernah melupakan hambaNya. Diriku terfikir,andai Allah lupa pada hambaNya, bagaimana untuk kita hidup di dunia ini?. Andai Allah tidak mengurniakan oksigen untuk kita bernafas, sudah tentu kita lemas dan tersiksa dan seandainya kita melupakan Allah,siapa pula yang sebenarnya rugi. Jawapannya sudah tentulah kita hambanya. Hamba yang selayaknya bertindak sebagai seorang hamba dan bukannnya berlagak dengan Tuhannya! Kumohon pada diriku sendiri,bermuhasabahlah dengan cinta yang ada dalam hidup anda,adakah layak cinta itu diletakkan pada aras yang paling tinggi seandainya cinta itu bukan kepada penciptaNya??.

No comments:

Post a Comment

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri