Monday, May 31, 2010

Bingkisan Hati


Bingkisan Hati Buat Dirimu yang Sering Lupa.

Duhai Hati,
Kadang2 dirimu sering lupa padaNya. Alpa kerana dunia yang fana. Adam,kadang-kadang seringkali terpancul kata-kata nista dan juga pujukan. Namun ada jua yang kecewa melihat Hawa seringkali lupa pada hakikat dunia. Namun diri ini seringkali tertanya-tanya,Adam mampukah dikau membawa hawa ke jalan yang benar sedangkan kini Hawa sukar mencari Adam yang mampu membawa sinar,menyuluh jalan menujuNya.

Adam,
Kutahu dirimu gusar melihat Hawa,
Berdoalah agar Hawamu dilindungiNya.

Adam,
Hawamu percaya bahawa janji Allah itu benar,
Lelaki yang baik diciptakan untuk perempuan yang baik
dan begitulah sebaliknya.

Adam,
Sekiranya dirimu memiliki Hawamu,
Jagalah dirinya,
Pimpinlah akhlaknya agar terjaga,
Sesungguhnya akalmu 9 dan nafsumu 1,
Kerana itulah tergalasnya tanggungjawab di pundakmu sebagai suami.

Petikan ukilan dari insan yang bernama "Adam";
mohamedazmi84 on Sun Feb 10, 2008 10:39 pm

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan darinya.

Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman... Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya... Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab... Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah... sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah... Wanita yang lupa hakikat kejadiannya... Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan... Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus... Bahkan akan semakin membengkok...

Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya... Bila wanita menjadi derhaka... pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara.... Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata... Tapi binalah kepimpinan... Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya... Jinakkan diri kepada allah... Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu... Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.



No comments:

Post a Comment

Aku Selalu Berkata Baik

Aku Selalu Berkata Baik

About Me

My photo
Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.

Followers



Ukhwahfillah

Mawar Berduri