Salam
Pertemuan,
Bahang
PRU semakin terasa, bendera dipasang di mana-mana sahaja menunjukkan semangat
masing-masing yang ingin meraih undi memilih sesiapa sahaja yang mampu untuk
mentadbir dan menjadi wakil suara kepada semua. Hari penamaan calon telah
terlaksana, dan para pengundi bebas memilih sesiapa sahaja bukan berdasarkan
mana-mana sokongan parti tetapi undilah berdasarkan wakil dan calon bukan
memilih parti dan kenapa saya berpendapat sebegitu rupa?? Ada keadaan yang kita
seharusnya memilih calon Islam. Dan kenapa?? Kerana Islamnya seseorang
menunjukkan kemuliannya. Adakah saya seorang yang racis?? Tidak!! Kerana negara
Islam akan melindungi sesiapa sahaja yang bernaung di bawah penguasaannya
sebagaimana pemerintah di bawah Sultan Muhamad Al Fateh yang menerajui Istanbul
mengikut acuan pimpinan Rasulullah.
Umat Islam perlu memilih calon Islam tidak
hanya memilih berdasarkan sokongan kepada parti semata-mata. Pendapat peribadi
saya, pilihlah atas dasar calon tidak kiralah sama ada parti calon tersebut
Umno,Pas,atau Bebas,Pakatan Rakyat atau Berjasa. Fikrahnya sama, membawa suara
Islam di dalam Parlimen. Perjuangkan hak negara Islam. Kuasa memilih di tangan
kita semua. Hati saya sedih apabila melihat parti politik masing-masing berbalah,
bertegang urat, membalas cacian, mencerca demi kepentingan politik, namun kita
tidak sedar bahawa kita bersaudara. Kita satu agama. Saya terkilan dengan sikap
sesetengah pihak yang terus melontarkan cacian tanpa berfikir panjang. Cacian tidak
diperlukan dalam perjuangan politik kerana walaupun berlainan parti namun kita
saudara seIslam, usah menghina adik beradik yang lain. Usah bermusuh kerana
parti, kita berasal daripada nabi Adam. Hentikanlah cercaan dan hinaan ataupun
ancaman atau amarah. Ya! Anda bebas bermanifesto tetapi jangan sampai menghina
saudara seislam sendiri. Parti ini tidak perlu mengutuk parti yang lain,
menghina parti yang lain, mengeluarkan apa-apa sahaja kenyataan yang
berunsurkan fitnah. Jangan menjatuhkan saudara sesama Islam. Hak mengundi
adalah memilih mana-mana sahaja calon yang mempunyai ciri-ciri Islam dan bukan
memilih di atas kepentingan parti tertentu. Pengundi perlu memilih calon dan
bukan memilih parti. Ayat-ayat cinta yang berikut merupakan teguran daripada
Allah supaya kita sedar bahawa kita semua bersaudara walaupun berlainan fahaman
politik.
Rujuk
Surah Al-Hujurat (1-13)
Intipati
ayat yang benar-benar membuatkan saya tersedar dari lamunan adalah ayat yang
ke-11.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Jangalah sesuatu puak daripada kaum lelaki mencemuh
dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain kerana kemungkinan puak yang dicemuh
itu lebih baik daripada mereka;dan jangalah kamu sesuatu puak daripada kaum
perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain kerana
kemungkinan puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah
sesetengah kamu menyatakan keaiban sesetengahnya yang lain; dan janganlah pula
kamu panggil- memanggil antara satu dengan yang lain gelaran yang buruk. Larangan
tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka amatlah buruk
sebutan fasik kepada seseorang yang sudah beriman. Dan ingatlah sesiapa yang
tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang
zalim.”
(49:11)
Selamat Mengundi Calon Muslim
Berwibawa!
No comments:
Post a Comment