Tarbiah Cinta
Sekian lama jari tidak lagi menulis dan meluahkan rasa namun
pada 10 jan 2012, terasa ingin meluahkan sesuatu tentang cinta. Mungkin saat
ini ramai yang sedang khayal dalam dunia cinta namun Alhamdulillah aku terlepas daripada ikatan cinta nafsu yang yang
benar-benar menjadikan diriku alpa dan lupa tentang cinta Ilahi.
Benarlah, kadang-kadang apabila kita jauh daripada cinta
nafsu barulah terpamit rasa penyesalan dan rasa bahangnya negatif cinta
manusia. Ya Allah aku mohon, jagalah hatiku ini supaya ianya terus menerus
mencuba untuk mencintaiMu.
Mengejar cinta Ilahi bukanlah satu perkara yang mudah kerana
cinta itu akan diuji. Kadangkala, langkah kaki terhenti kerana peritnya ujian
namun perlu digagahi kerana janji kepada diri bahawa tidak lagi akan kembali
kepada dunia cinta nafsu yang penuh tipu daya.
Kadangkala, ianya sukar dek kerana kreatifnya syaitan. Hanya
secangkir iman yang mampu untuk memanipulasi hasutan tersebut. Tinta meneruskan
luahan, hati ini sanga-sangat memerlukan cintaMu supaya diri ini tidak lagi
dibelit dengan nafsu cinta. Ya Rabb aku mohon, benarkanlah aku untuk mengejar
cintaMu...labuhkanlah rasa cinta ini hanya pada seorang insan yang bernama
suami yang Engkau telah tetapkan.
Cinta itu fitrah yang tak mampu disangkal oleh sesiapa namun
terpulang kepada insan untuk menyalurkanyya kepada laluan yang benar.
No comments:
Post a Comment