Friday, November 12, 2010
Rinduku Pada Dirimu
Saturday, November 6, 2010
Exam Dunia VS Exam Akhirat
Exam Dunia | Exam Akhirat |
Pendaftaran: -Terbuka kepada pelajar yang mengambil kursus terbabit (contoh kat sini pelajar PPISMP sem3) -Pendaftaran melalui slip peperiksaan | Pendaftaran: -Terbuka kepada seluruh umat Islam -Pendaftaran melalui sijil kematian |
Tempat: Dewan @ Bilik Kuliah | Tempat: Tanah perkuburan Islam |
Soalan Spot (Belum tentu keluar); *Bm1 Sumber: IPGM TEMENGGONG IBRAHIM IPTO IPGM KBM IPIS IPDA (Dan seluruh IPGM di Malaysia) P/S: Study jerla semua,takut kecewa bila tak masuk,selamat menjawab soalan peperiksaan | Soalan Spot (Soalan bocor dan ternyata akan keluar); Soalan Pertama: Siapakah TUHAN mu ? Soalan Kedua: Malaikat : Siapakah NABI mu ? Soalan Ketiga: Malaikat : Apakah AGAMA mu ? Soalan Keempat: Malaikat : Siapa/apakah IMAM (Panduan dan Pedoman) kamu! Soalan Kelima: Malaikat : Siapakah SAUDARA mu ? Sumber: Hadis P/S-Walaupun anda menghafal jawapan kepada soalan di atas namun mulut dikunci pada hari tersebut hanya amal yang akan menjawabnya.(Wallahualam). |
Teknik Menjawab: -Bahagian fakta wajib dihafal -Exam Math kena banyak praktis -PJ banyak kena tau teori | Teknik Menjawab: Ditentukan oleh amalan. Jagalah amalan supaya tidak terpesong ke kancah maksiat |
Result: -Lulus dengan cemerlang -Lulus dengan Kepujian -GAGAL | Result: SYURGA ATAU NERAKA |
Friday, November 5, 2010
Bila Nikmat Sihat Ditarik
Jari jemari rancak menulis tentang perasaan yang dialami. Tinta ini khas buat diriku yang sentiasa alpa bahawa aku hanyalah sekadar hambaNya. Diri ini lemah, Ya Allah. Malam menjenggah menggantikan siang dan bintang tidak kelihatan kerana bersembunyi di sebalik awan namun bulan masih lagi setia menemani manusia. Kesunyian malam yang ditemani dengan pelbagai alat jentera meneroka alam demi pembangunan, tidak mampu mengubat hati yang cuba menerobos seluruh pelusuk diri tentang amalan untuk kesana. Kali ini,tinta yang dihasilkan bukanlah sebuah cerita namun luahan perasaan yang berasakan bahawa manusia itu lemah. Dalam setahun, Allah telah mengujiku beberapa kali dengan menarik nikmat sihat yang diberiNya. Setiap kali makanan yang masuk ke mulut,langsung tak terhadam padahal perut minta untuk diisi. Ya Allah,baru kusedar bahawa selama ini nikmat percuma yang diberikan langsung tidak dihargai. Kini, ketika kautarik nikmat itu,kumula sedar bahawa diri ini alpa untuk mengucapkan syukur ketika dulu makanan yang masuk ke mulut dapat dihadam. Ketika badan lesu, terucap kalimah yang paling indah iaitu namaMu. Kadangkala diri ini lupa bahawa nikmat yang Kautarik bukanlah untuk menyiksa hambaMu malah untuk menyedarkan hambaMu bahawa Kaulimpahkan kasih sayang kepadanya. Terima Kasih, Ya Allah. Diriku sedar bahawa sakit yang dideritai bukanlah satu penderaan,namun sebagai satu ujian agar diriku tidak terus leka dibuai arus dunia. Diriku mula terfikir penderitaan yang ditanggung oleh insan lain. Semoga Allah mengurangkan kesakitan yang dialami. –Amin-
Cinta
Cinta yang Kauhulurkan,
Penuh dengan kenikmatan,
Padahal hanya sekelumit yang menyedari,
Betapa nikmatnya kasih sayangMu.
Dulu,
Kegembiraan dimiliki,
Terasa dunia seperti wujud buat seribu tahun lagi,
Pelangi indah melewati kehidupan,
Kini,
Kegembiraan mula goyah,
Apabila nikmatNya ditarik,
Diri yang alpa mula meminta,
Agar alam tidak kehujanan.
Sedarlah,
Kadangkala kenikmatan itu mengalpakan,
Dan kesengsaraan itu mengingatkan.
Tanamlah rasa syukur dengan nikmatNya,
Bajailah rasa sabar bila sengsara,
Siramilah diri dengan rasa taqwa.
Wednesday, November 3, 2010
ada apa dengan cantik?
“Awak gemuk! Awak tak cantik! Awakla perempuan yang paling hodoh sekali yang pernah saya jumpa?. Kenapalah pakaian awak macam penyanyi hip hop?,tudung awak macam pelangi,pakaian macam orang tua?.”
Mungkin ayat seperti ini pernah dilontarkan kepada wanita diluar sana. Aku juga tak terkecuali daripada dihina. Kadangkala secebis hati rasa terguris dengan kata-kata sebegitu. Ada apa dengan cantik??. Wanita amat sinonim dengan perkataan cantik, lelaki juga kadangkala terpaku dengan kecantikkan yang dimiliki oleh wanita. Seraut wajah yang lembut dan menggoda mampu menarik perhatian sejuta lelaki. Begitu jua dengan wanita,mudah terbuai dengan pujian. Bagaimana pula dengan wanita yang tidak dikurniakan dengan seraut wajah yang cantik?. Kenapa perlu dihina raut wajah yang dimilikinya atau susuk badannya?. Sebenarnya itulah dunia,yang cantik dipuji, yang jelek dihina. Namun disebalik semua ini, diriku berasa bahawa hinaan yang dilemparkan merupakan hinaan yang dilemparkan kepada ciptaan yang Allah ciptakan. Mengapa manusia yang jelek perlu dihina?. Padahal Allah pernah berfirman bahawa sebaik-baik kejadian ialah manusia yang telah dilantik menjadi khalifah di muka bumi ini.Adilkah seandainya kecantikkan itu menjadi ukuran sehingga kadangkala ada yang sanggup berhabis wang ringgit untuk cantik ataupun manusia itu sendiri tidak pernah puas dengan apa yang Allah kurniakan atau berasa sedih dengan hinaan yang dilemparkan.Mengapakah Allah tidak menciptakan sahaja semua wanita itu dengan wajah yang cantik?. Jawapannya Allah menciptakan manusia dengan pelbagai rupa supaya kita hambaNya boleh berkenal-kenalan antara satu sama lain dan bukannya saling menghina. Kemungkinan hal ini terjadi kerana fitrah manusia yang sukakan dengan kecantikkan namun tidak semua yang cantik itu membawa kebaikan. Contohnya; ikan di lautan yang berwarna-warni selalunya beracun. Tinta ini buatmu wanita yang berasa lemah dengan hinaan manusia yang lain, usahlah berasa disisihkan kerana dirimu ciptaan yang Esa. Andai hinaan juga diterima ingatlah bahawa manusia yang sedang menghinamu cuba menghina ciptaan Allah. Balutilah dirimu dengan iman dan akhlak yang mulia,syurga menantimu buat yang sabar. Jadikanlah hinaan yang diterima sebagai pemangkin perjalanan hidupmu, kerana Allah tidak menilai hambaNya melalui kecantikkan paras rupa tetapi iman dan taqwa. Seindah hiasan ialah wanita yang solehah dan bukan wanita yang cantik paras rupanya.
My Blog List
Aku Selalu Berkata Baik
About Me
- wardatul shauqah
- Ya Allah,diri ini mencintai agamamu,kuatkan imanku,pertahankan agamaku supaya setiap perjalanan diri ini mengingati syariatMu.