“Diari seorang isteri”
“Ibu,
ambilkan ayah air.” Inilah rutin yang selalu didengar. Si isteri dengan patuh
hanya mendengar arahan tersebut. Namun, jauh di sudut hatinya, jelas terpancar
rasa lelah menjadi seorang isteri yang hanya mematuhi setiap daripada arahan
suami. Kadang-kadang bukannya simpati yang dipinta tetapi hanyalah kemanjaan
seorang suami..tetapi itulah kenyataannya pekerjaan si suami mempengaruhi
ketegasannya dalam melayari rumah tangga. Mungkin sepanjang hidupnya si isteri,
hanya arahan yang didengar, kadang-kadang kepatuhan hanyalah dilakukan dengan
rasa marah. Namun jauh di sudut suami, sangat-sangat menyayangi keluarganya
mungkin bagi dirinya sukar untuk mempamerkan rasa kasih dan sayang pada
keluarganya. Lantas mungkin inilah luahan yang ingin dipamerkan kepada seorang
insan yang bernama seorang isteri.
Isteriku,
Sungguh
aku sangat-sangat menyayangi dirimu.
Panggilan
‘ibu’ kepada anak-anak kita jelas mempamerkan bahawa dikau benar-benar seorang
srikandi yang sangat lembut.
Sepanjang
hidupmu, diriku tidak pasti adakah aku terlalu bertindak sebagai seorang
majikan kepada pekerjanya sepanjang pelayaran rumah tangga ini.
Saat,
aku benar-benar menyedari dirimu sangat berharga adalah saat kau tidak
putus-putus menjagaku semasa sakitku.
Aku
tahu, kau sangat-sangat merindui kenangan yang kusendiri tidak pasti adakah ada
kenangan manis antara kita.
‘Ibu’
ada air mata yang bergenang di matamu di saat aku terlantar di katil hospital.
Sungguh pada saat itu, aku ingin mengesatnya.. ‘Ibu’ doakan ‘ayah’ sekiranya
‘ayah’ pergi dahulu. Mungkin ‘ayah’ tidak tahu bagaimana untuk menunjukkan rasa
sayang pada ‘Ibu’. Berdoalah ‘Ibu’ semoga kita akan dipertemukan lagi dan
‘ayah’ mampu untuk menunjukkan rasa sayang ayah pada ‘ibu’ dan anak-anak.
Sungguh,
‘ayah’ memohon maaf atas kekurangan ayah. ‘Ibu’, ‘ayah’ sangat-sangat risau
seandainya ‘ibu’ akan kesunyian nanti…tiada teman untuk bergaduh dan tiada lagi
kelelahan untuk mematuhi segala arahan ‘ayah’. Namun, saat ‘ibu’ merindui
‘ayah’ sedekahkan ‘ayah’ surah al-Fatihah dan doakan semoga segala urusan
‘ayah’ di sana dipermudahkan. Kehilangan ‘ayah’ di dunia akan mendekatkan ‘ibu’
pada Allah..percayalah kerana ‘ayah’ memerlukan doa dari seorang isteri ‘ayah’
yang solehah dan anak-anak kita. ‘Redha dengan pemergian ‘ayah’ dengan doa
namun ‘ayah’ percaya ada esak tangis di mata ‘Ibu’. Jangan lupa iringi rasa
rindu pada ‘ayah’ dengan doa.. Mati itu pasti dan ‘ayah’ ditakdirkan untuk
pergi terlebih dahulu..
‘Ayah’
sangat-sangat menyangi ‘Ibu’ sejak ‘ayah’ lafazkan akad. Maafkan ‘ayah’
sekiranya ‘ayah’ sukar mempamerkan rasa sayang tetapi setiap yang terjadi
rahsia Allah. Insyallah ada ‘hadiah’ di sana nanti untuk isteri ‘ayah’ yang
solehah khas daripada Allah. Bersabarlah isteriku, menghadapi kehidupan yang
mendatang.
Al-Fatihah
Sesungguhnya,
aku berdoa semoga Allah takdirkan mereka bahagia di syurga ilahi, setiap
kepatuhan daripada insan yang bernama isteri akan dibinakan sebuah kebahagian
di sana bersama suaminya yang tercinta. Janji ALLAH ITU BENAR!
Dedikasi ini khas ditujukan kepada semua
isteri yang telah kehilangan seorang insan yang sangat disayanginya. Sungguh
redha seorang isteri di bawah keredhaan suaminya.